Bibir Gelap Kembali Cerah, Amalkan 5 Petua Mudah Ini Setiap Hari

Bibir gelap kembali cerah, amalkan 5 petua mudah ini setiap hari. Wanita dilahirkan dengan warna bibir yang berbeza. Namun, bibir sangat mudah terdedah kepada masalah. Salah satunya, kehilangan warna semula jadi dan mudah menjadi gelap.

Ternyata warna bibir anda menjadi hitam mempunyai Banyak faktor yang menjadi puncaa kepada perubahan warna bibir antaranya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu panas, tabiat merokok, terlalu kerap memakai gincu, kerap mengambil teh dan kopi, dan kurang nutrisi.

Untuk mengembalikan warna bibir semula jadi, jom lihat 5 petua mudah ini.

Bersihkan Gincu Sepenuhnya Sebelum Tidur
Gincu merupakan produk kecantikan yang mengandungi banyak bahan kimia, walaupun sesetengah gincu diperkaya dengan pelbagai vitamin. Kandungan utama gincu ialah pewarna. Maka, sebelum tidur bersihkan dan rehatkan bibir daripada bahan kimia.

Urut Dengan Ketulan Ais
Lakukan rutin ini sekali seminggu sebelum tidur. Buat urutan ringan dengan ketulan ais yang disapu pada bibir selama satu minit bagi melancarkan peredaran darah di sekitar bibir. Setelah selesai, tepuk dengan tuala bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada bibir.

Pengambilan Nutrisi
Selain penjagaan luaran bibir, pengambilan nutrisi untuk dalaman juga penting. Cara paling mudah, kekalkan kelembapan badan dengan meminum air.

Makan buah yang mengandungi banyak air dan vitamin seperti tomato, oren, tembikai dan timun.

Hentikan Tabiat Menjilat Bibir
Selalunya bila bibir kering, tanpa sedar kita akan menjilat bibir melembapkannya. Ini menjadikan bibir lebih kering dan kusam. Penyelesaian, sapu lip balm yang mengandungi pelembap semula jadi untuk melembapkannya.

Lip Balm Dengan Pelindung Matahari
Satu kemestian! Sapu lip balm sebelum menggunakan gincu atau sebelum tidur. Pilih lip balm yang diperkaya dengan pelindung matahari agar bibir terlindung daripada terik matahari.

Pilih juga lip balm yang diperkaya dengan vitamin dan pelembap semula jadi yang boleh melembapkan serta menyihatkan bibir.

 

 

.

Comments

Leave a Reply