Adira Salahudi Selamat Lahirkan Cahaya Mata Ketiga, Netizen Pula Tertarik Dengan Dekorasi Wad -“Beranak Pun Aesthetic”

Personaliti media sosial popular, Adira Salahudi, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi ketiganya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Adira meluahkan perasaan teruja dan syukur atas kelahiran tersebut, selain menyifatkan sebagai pengalaman yang berbeza daripada sebelumnya.

BACA: 5 Tahun ‘Tinggalkan’ Dunia Lakonan, Izara Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat!

“Assalamualaikum anakku Alora, anak ketiga ini berbeza sangat dari sebelum ini.

“Mamadira (Adira) kalini mengandung sangat relax, tapi last last ada drama juga,” coret Adira.

Walaupun proses kehamilan kali ini lebih tenang, Adira turut menceritakan bahawa akhirnya dia tetap melalui beberapa drama dalam tempoh tersebut.

Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pempengaruh Ammar Azizan itu turut menzahirkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan, sambil mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan kesejahteraannya.

“Alhamdulillah syukur dipermudahkan segala, terima kasih yang mendoakan Adira, tak terucap dan tak terbalas.

“Adira doakan Allah tunaikan doa yang baik-baik berbalik pada korang juga,” tambahnya dalam kapsyen.

Perkongsian itu turut disertakan dengan tagar #11/11/24, yang menunjukkan tarikh kelahiran anak ketiga mereka tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak terlepas peluang mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan. Selain ada juga segelintir netizen yang memuji wad itu yang dilihat sangat estetik dan cantik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Adira Salahudi

Comments

Leave a Reply