5 Tahun ‘Tinggalkan’ Dunia Lakonan, Izara Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat!

Aktres yang juga usahawan terkenal, Izara Aishah mengumumkan bahawa dia akan kembali ke dunia lakonan selepas lima tahun berehat.

Berkongsi mengenai perasaannya, pelakon drama Ombak Rindu itu memberitahu dia berasa sedikit gemuruh untuk memulakan semula kerjaya lakonannya.

BACA: Izara Aishah Emosi, Berang Dengan Kes Pembunuhan Kejam Zulfarhan

Menurut Izara lagi, drama yang akan dibintanginya itu dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Ramadan 2025.

“Lima tahun saya berhenti berlakon, perasaan sedikit risau nak mulakan semula. Rasa macam dah tak reti berlakon. Penggambaran akan berjalan dalam bulan ini (November), dah nak mula dah pun.

“Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula (berseloroh),” katanya.

BACA: “Lama-Lama Akan Rasa Kuat” -Izara Aishah ‘Share’ Tip Untuk Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

Bekas peserta Dewi Remaja berkongsi berita gembira itu semasa sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Dalam kesempatan itu, dia turut memperkenalkan barisan pelakon yang terlibat dalam drama tersebut, antaranya Fattah Amin, Amir Ahnaf, dan Puteri Balqis.

“Hero drama itu Amir Ahnaf. Saya dan Fattah Amin sebagai co-heroin dan co-hero. Fattah Amin sebagai abang ipar saya dalam itu.

“Fattah adik-beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama itu,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Izara Aishah

Comments

Leave a Reply