Hujung tahun ini sudah pasti ramai yang merancang menghabiskan cuti tahunan dengan melancong ke destinasi impian.
Jika berhasrat untuk bercuti ke luar negara terutama ke Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Eropah salah satu penerbangan yang boleh dijadikan pilihan adalah Scoot.
Scoot syarikat penerbangan tambang murah Singapura ini menawarkan perjalanan untuk ke 70 destinasi di lebih 15 negara. Rangkaian ini merangkumi bandar-bandar utama seperti Tokyo, Bangkok, Sydney, dan Berlin.
Tidak terkecuali, penerbangan ke destinasi negara jiran sekitar Malaysia seperti Thai, Indonesia, Vietnam yang menjadi lokasi percutian ramai rakyat Malaysia kebelakangan ini.
Beroperasi dengan lebih daripada 50 pesawat yang terdiri Airbus A320, Boeing 787 Dreamliner, serta terbaru Embraer E190-E2 sSehingga kini, Scoot telah membawa lebih daripada 71 juta penumpang ke pelbagai destinasi.
Libur sendiri berpengalaman menaiki penerbangan Scoot bila menerima undangan untuk meneroka Pulau Jeju baru-baru ini.
Baca pengalaman Libur di sini : Jika Bercuti Ke Pulau Jeju, 5 Destinasi Menarik & Cantik Semula Jadi Wajib Pergi
Menaiki kelas ekonomi untuk perjalanan pergi dalam balik namun ia tetap memberi keselesaan terutama bila kerusi boleh dilaras sekaligus memberi kerehatan selama lebih kurang enam jam penerbangan dari Singapura ke pulau Jeju.
Dalam pada itu Scoot juga mengurangkan kerisauan sedari awal memulakan perjalanan kerana menawarkan bagasi kabin yang lebih berbanding syarikat tambang murah yang lain iaitu 10kg untuk bagasi kabin sementara 20kg untuk bagasi check in.
Seperti perkhidmatan penerbangan tambang murah yang lain, penyediaan hidangan Scoot Cafe’s turut ditawarkan daripada makanan panas, snek dan juga minuman. Jangan bimbang, menu citarasa Asia seperti nasi lemak, laksa dan satay turut tersedia untuk memenuhi selera.
Untuk pengetahuan Scoot kini menawarkan penerbangan dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) ke Jeju sebanyak tiga kali seminggu (transit di Singapura), menjadikan Jeju sebagai destinasi kedua mereka di Korea Selatan.
Harga tiket pula bermula serendah RM1,236 untuk tiket pulang pergi kelas ekonomi (harga tiket boleh berubah dan mungkin tidak tersedia pada masa tempahan).
Bagi yang bercadang ke Korea Selatan untuk percutian, atau ke destinasi sekitar boleh pertimbangan penerbangan dengan syarikat tambang murah dari Singapura ini.
Sementara untuk yang bercadang ke lain-lain destinasi boleh layari flyscoot untuk tempahan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.