Azrinaz & Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV), Hati-hati Bila Demam, Batuk

Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak. Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian dilaman Instagramnya memaklumkan tentang anak perempuan dan dirinya dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV).

Virus itu sering menyerang saluran pernafasan. RSV boleh menjadi serius terutama kepada kanak-kanak berusia setahun ke bawah dan warga emas. Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti virus itu dan antara simptomnya termasuk demam, selesema, batuk dan kurang selera makan.

Artikel berkaitan: Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Doktor Beri Amaran Kerana Virus RSV Meningkat

Inilah RSV! Berselirat Wayar, Ibu Ini Sedih Kecewa Ada Yang Sentuh & Cium Bayi

Azrinaz & Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Dalam perkongsian tersebut, menurut Azrinaz, anaknya Malaykha telah dimasukkan ke hospital pada 27 Feb kerana demam virus RSV. Ujar Azrinaz, dia menjaga anaknya setiap malam bagi memastikan anaknya segera pulih.

Tidak lama selepas Malaykha keluar dari hospital, anak perempuan keduanya Atheera pula jatuh sakit. Bagaimanapun Azrinaz berjaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi ubat/fisio dan lain-lain rawatan di rumah.

“Seminggu kemudian, saya mula berasa lemah dengan demam panas dan menggigil. Pada mulanya, saya fikir ia hanya demam biasa, tetapi selepas 2 hari demam panas yang berterusan, saya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Doktor mendiagnosis saya mengalami demam virus yang sama seperti dialami anak perempuan saya.

“Demam ini menyebabkan sedikit bengkak di bahagian hati. Saya telah menjalani pelbagai ujian, termasuk ujian darah, x-ray, dan ujian air kencing, dan menjalani ultrasound, ECG, dan ABPI, diambil darah setiap pagi untuk analisis makmal dalam dan luar negara.

“Semasa demam saya bertambah baik, saya mengalami kesakitan yang teruk di sekitar muka kiri saya, disertai dengan migrain dan sakit gigi yang tidak dapat ditanggung. Selepas berunding dengan pakar E&T dan menjalani imbasan CT, didapati bahawa virus itu telah menyebabkan keradangan di sekitar sinus saya dan meninggalkan pengumpulan lendir yang ketara.

“Saya bukan pesakit resdung. Saya kemudiannya diberi antibiotik dan steroid selama seminggu. Walaupun saya telah keluar dari hospital, saya masih perlu berulang alik sebanyak tiga kali sehari ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

 

 

Atas nasihat doktor, Azrinaz disarankan menjalani pembedahan. Pembedahan tersebut  berlangsung selama 5 jam. Kini, Azrinaz sudah pulang ke rumah untuk berehat dengan pemantauan yang ketat.

Berikut perkongsian penuh Azrinaz dilaman Instagramnya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Hati-hati Bila Demam, Batuk

Fakta Tentang Respiratory Syncytial Virus (RSV):

Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku.

Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.

Doktor anda juga boleh menggunakan kaedah:

*Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa

*Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain

*X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru

*Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus

Bagaimana masalah pernafasan ini akan dirawat?

*Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan).

*Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.

Penjagaan sokongan

*Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam.

*Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.

*Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.

Penjagaan hospital

*Penjagaan di hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.

*Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.

*Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.

*Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan.

*Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan RSV.

Untuk info, Azrinaz pernah bernikah dengan Sultan Brunie, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah pada 2005, namun bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, baginda Sultan dan Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Abdul Wakeel dan Putri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Azrinaz kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pilihan hatinya iaitu Fairos Khan Abdul Hamid pada Mei 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, dan Atheera Madinah.

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim  dan Hellodoktor

Baca lagi: Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang, Jaga-Jaga Dengan Jangkitan RSV. Bahaya, Susah Bernafas!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply