BUENOS AIRES – Seramai 15 orang maut dan 14 lagi cedera dalam pertempuran antara banduan di sebuah penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI pada Selasa.
Menurut SNAI, situasi di penjara di bandar pelabuhan Guayaquil di pantai Pasifik itu telah kembali berada di bawah “kawalan sepenuhnya”.
SNAI berkata, “kontinjen besar” anggota polis dan tentera telah dikerahkan untuk “menjamin keselamatan dan mencegah insiden selanjutnya.”
Pihak berkuasa itu menambah bahawa ia akan menyiasat kejadian berkenaan. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.