Jarum Tertinggal Ketika Bersalin, Wanita Menderita 18 Tahun

Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu. Wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan ia masih tidak dapat dikeluarkan.

Jarum Tertinggal Ketika Bersalin, Wanita Menderita 18 Tahun

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pendedahan itu dibuat pada 5 November di laman web rasmi Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita iaitu sebuah pertubuhan bukan keuntungan di Thailand yang bertujuan membantu mangsa penderaan, termasuk rogol, gangguan seksual dan perdagangan manusia.

Yayasan itu berkongsi bahawa pihaknya menerima surat daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang tinggal di Narathiwat, sebuah wilayah di selatan Thailand dengan namanya tidak didedahkan.

Kredit foto: South China Morning Post

Wanita itu meminta bantuan mengenai kesilapan perubatan yang berlaku 18 tahun lalu ketika dia bersalin di sebuah hospital.

Semasa proses bersalin, kakitangan perubatan secara tidak sengaja menjatuhkan jarum ke dalam alat kelaminnya, namun gagal mengeluarkannya.

Bimbang mengenai pendarahan yang berlebihan, mereka memilih untuk menutup luka itu dan meninggalkan jarum di dalamnya.

Sejak itu, wanita itu mengalami sakit perut yang tidak tertanggung olehnya.

Dia tidak menyedari kejadian itu sehinggalah tahun lalu apabila pemeriksaan X-ray di sebuah hospital kerajaan mendedahkan jarum yang tersekat di dalam alat kelaminnya.

Wanita itu kemudiannya dirujuk ke sebuah hospital di wilayah Songkhla untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, prosedur itu ditangguhkan tiga kali disebabkan jarum berkenaan berpindah di bahagian lain di dalam tubuhnya.

Jarum itu masih belum dikeluarkan, memaksanya melawat hospital empat kali sebulan untuk pemeriksaan susulan bagi memantau keadaannya.

Walaupun kebanyakan kos perubatannya dilindungi oleh insurans, dia masih menghadapi tekanan kewangan signifikan daripada kos tambahan.

Ia seperti kos pengangkutan, yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya kerana mereka bergelut dengan masalah kewangan.

Perkara ini mendorongnya untuk meminta bantuan daripada Yayasan itu.

Setelah menerima permintaannya, yayasan itu bekerjasama dengan sebuah hospital awam tempatan untuk memastikan ketua kampung menemani wanita itu bagi mendapatkan rawatan komprehensif.

Mereka juga menghubungi pejabat keselamatan sosial tempatan untuk mengatur pengangkutan bagi lawatan hospitalnya dan berjanji terus memantaunya.

Butiran mengenai bila jarum itu boleh dikeluarkan dan tempoh rawatan perubatan yang diperlukan oleh wanita berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Maklum balas hospital terhadap insiden ini dan sebarang tindakan undang-undang yang mungkin diambil untuk tuntutan pampasan masih belum diperoleh.

Sumber: South China Morning Post 

Baca artikel lain juga: Petua Mudah Bersalin, Makan Plantah & Mee Lor, Doktor Ini Jelaskan Risikonya

Bersalin Normal Atau Czer Tak Perlu Kecam, Rezeki Setiap Orang Berbeza!

Perjalanan Bersalin Bertukar Cemas, Ambulans Langgar Lembu Melintas

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply