Siti Khadijah Halim Akui Tiada Cerita Sensasi, Anggap Diri ‘Membosankan’

Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mengakui bahawa dia seorang yang ‘membosankan’ kerana tidak mempunyai cerita sensasi seperti anak seni yang lain.

Katanya kepada Remaja, pelakon drama popular From Saga With Love itu memaklumkan, dia sering kali menjadi pilihan terakhir untuk ditemubual, kerana tidak mempunyai cerita yang menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Kongsi Kini Ambil Kelas Mempertahankan Diri, – “Saya Ambil Judo Dan Muay Thai…”

“Kalau berlakon, saya selalu berasakan pelakon lain lebih popular daripada saya.

“Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual.

“Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan,” luah pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak berkecil hati dengan situasi tersebut. Sebaliknya, dia menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan terus fokus pada kerjayanya dalam bidang lakonan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply