Minum Air Bunga Telang, Buat Awet Muda dan Turunkan Kadar Gula Dalam Darah

Tak sangka, rupanya air bunga telang cukup bagus dan membantu buat kulit wajah nampak awet muda!

Khusus buat wanita yang mempunyai keinginan untuk memiliki kulit yang cantik, tegang dan berseri seolah-olah tidak dimamah usia, boleh lah terus amalkan.

Amal Minum Air Bunga Telang

Dengan kecanggihan teknologi ketika ini, banyak rawatan atau prosedur kecantikan boleh dilakukan di mana-mana klinik estetik atau pusat kecantikan.

Namun tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk memperuntukkan perbelanjaan bagi tujuan tersebut.

Usah khuatir, apa kata anda cuba berikhtiar secara alami pula sebagaimana perkongsian seorang wanita ini di Facebook.

Di dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi cara menghasilkan minuman air bunga telang untuk menegangkan dan mencantikkan kulit wajah:

Jom kita ikuti perkongsian beliau:

Bahan-bahan:

– Empat hingga lima kuntum bunga telang kering. Kalau guna bunga telang segar, gunakan beberapa helai sahaja.

– Air panas 500 mililiter

– Sekeping hirisan lemon

Cara-caranya:

– Rendam bunga telang dalam air panas buat seketika.

– Tuang di dalam gelas dan masukkan hirisan lemon.

– Masukkan sesudu madu asli.

– Sedia diminum. Boleh dicampur dengan ais batu.

Anda disarankan untuk mengamalkan minuman ini seminggu tiga kali secara konsisten untuk melihat keberkesanannya.

Memetik perkongsian di portal HelloDoktor, bunga telang ternyata mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti:

1) Dapat menstabilkan gula dalam darah

2) Mencantikkan kulit dan membuatkan rambut lebih berkilat

3) Membantu mengurangkan berat badan

Jadi, jomlah amalkan minum air bunga telang. Senang nak buat dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply