Mentua yang Baik, Jangan Sampai Menantu Rasa Sakit Hati dan Tak Selesa Nak Jumpa

Bukan budah nak jadi mentua yang baik dan disenangi anak menantu tetapi jika berusaha dan letak diri sendiri dalam situasi itu, pasti akan mampu buat.

Namun jika sebaliknya dan masih buat perkara yang menyakitkan menatu, ini akan jadi masalah setiap kali anak nak pulang ke rumah.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah perumpamaannya, silap besar kalau tak mahu berubah.

Berusaha Jadi Mentua yang Baik

Ciri-ciri mertua yang belum mengikhlaskan anak lelakinya menikah:

1. Selalu ikut campur rumah tangga anak dan menantu.
2. Anaknya tidak diperbolehkan pisah rumah/jauh dari orang tuanya.
3. Selalu mahu tahu kewangan si anak dan menantunya.
4. Suka cemburu dengan menantunya.
5. Terkadang ingin cucunya tinggal bersamanya dan memaksa untuk mengurusnya.
6. Selalu cakap boros jika anak menantu pergi jalan.
7. Selalu menyakitkan menantu biar menantu ada masalah dengan anaknya. Sekalinya ada kesalahan dari menantunya, mertua jadi orang terdepan yang menyuruh anaknya bercerai.
8. Suka menghasut anaknya di belakang menantu.

Sudah, berhentilah jadi mentua yang bermasalah. Mari belajar untuk menjadi mertua yang menyenangkan, ubahlah mindset “Anak laki-laki milik ibunya sampai mati.”

Gantilah dengan situasi “anak laki-laki adalah tanggung jawab orang tua, yang bererti ketika anak laki-laki belum mampu, maka harus dan wajib dibantu.”

Jangan sampai anak perempuan orang yang sudah berkahwin dengan anakmu merasakan kesedihan atau sakit hati kerana sikapmu sebagai mertua iaitu orang tua baru buat menantumu.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply