Huynh Thi Thanh Thuy dari Vietnam berjaya mengenepikan 70 wakil negara lain untuk dimahkotakan sebagai Miss International 2024 pada Selesa malam, sekaligus menjadi ratu ke-62 pernah memenangi pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Tokyo Dome City Hall, Jepun; malam kemuncak ini bertambah manis apabila Thuy, 22 mencatat sejarah sebagai wakil dari Vietnam pertama yang memenangi Miss International 2024 sepanjang penyertaan negara itu.
Usai diumumkan sebagai Miss International 2024, Thuy dimahkotakan oleh pemenang edisi lalu, Andrea Rubio dari Venezuela.
Empat wakil lain melengkap kedudukan Top 5 dan ia terdiri daripada (mengikut susunan naib juara sehingga pemenang tempat kelima) Camila Ribera Roca dari Bolivia, Alba Perez dari Sepanyol, Sakra Guerrero dari Venezuela dan Sophie Kirana dari Indonesia.
Wakil Malaysia, Ashlyn Ooi tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 wakil terbaik pada tahun ini.
Menariknya mengenai Thuy, gadis kelahiran Da Nang, Vietnam ini merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah apabila pernah dianugerahkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan Sastera Vietnam pada tahun 2019-2020.
Kini, Thuy sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bahasa Inggeris di Fakulti Pendidikan Bahasa Antarabangsa, University Da Nang.
View this post on Instagram
Sebelum mewakili Vietnam di Jepun bagi pertandingan Miss International 2024, Thuy terlebih dahulu memenangi pertandingan Miss Vietnam 2022 pada 23 Disember 2022 di Ho Chi Minh City.
Sebagai info, ini merupakan kali pertama organisasi Miss Vietnam menghantar juaranya ke pertandingan Miss International. Terdahulu, juara Miss Vietnam akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Word yang dianggap sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij di mata pemerhati negara berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.