Salah seorang peserta Gegar Vaganza 11 (GV11), Ning Baizura nampak awet muda dalam usianya sekitar nak masuk fasa 50an.
Tak lokek dengan senyuman, penyanyi dan pelakon ini lebih mengutamakan ibunya dalam segala hal. Ini terbukti apabila dia berkongsi sebab utama sertai GV11.
Mahu Hadiahkan Kenangan Terindah Buat Ibu
Bercerita tentang GV11, Ning terbuka hati menerima tawaran itu adalah kerana mahu memberikan satu kenangan terindah buat ibunya iaitu Satilah Abdullah.
Dengan keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, inilah adalah masa terbaik untuk dia melihat kembali anaknya berada di televisyen.
Dia mungkin dah tak ingat bila kali terakhir saya membuat muncul di televisyen. Sebagai anak saya mahu berikan kenangan indah buat ibu.
Tambah Ning lagi, ibunya yang sudah tiga tahun disahkan menghidap penyakit itu teruja untuk hadir sebagai penonton sempena ulang tahun kelahiran pada 1 Disember depan.
Dalam masa sama, Ning berkata pentas GV11 adalah peluang terbaik untuk dia terus memperjuangkan bakat seni.
Ning Baizura Kongsi Rahsia Nampak Muda
Dalam pada itu, bila ditanya mengenai rahsia Ning kekal bertenaga dan sentiasa kelihatan muda pada usia hampir 50 tahun, Ning berkongsikan kepada peminatnya.
“Saya bangga nak masuk umur 50. Saya dah 30 tahun jaga pemakanan, senam selalu makan banyak ulam.
“Itu rahsia saya. Tiada rahsia, mak bapa kita sudah lama mengamalkan ini.
“Selalu berpuasa. Puasa itu bagus, ia adalah satu cabaran dimana kita cabar diri kita. Ia sangat bagus untuk badan kita.
“Jika kita jaga tutur kata, hemah kita, insyallah peminat dan orang kuar akan nampak sinarannya,” kongsinya dengan hadiahkan sebuah senyuman manis.
Jelas Ning, baginya untuk kekal nampak muda adalah dengan menjaga pemakanan dan sentiasa berpuasa meskipun bukan pada bulan Ramadan.
Malah Ning juga turut menyatakan, perlulah menjaga hemah dan pertuturan agar sinaran itu akan nampak dari luar.
Jadi, buat anda yang mahu kelihatan awet muda dalam fasa 50an, jom amalkan puasa dan jaga makan!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.