Resipi Popia Carbonara Lemak Berkrim. Sangat Sedap & Mudah

Sedapnya Popia Carbonara perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Menu yang cukup ringkas namun rasanya sangat memikat. Inti yang lemak berkrim, bila dimakan, kena pula dengan rangup kulit popia. Memang enak tak terkata. Layan habis! Anda pun tak sabar nak cuba? Jom kita buat. Mudah je resipinya.

CARA MEMBUAT POPIA CARBONARA SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
2 sudu makan mentega – beli online disini
½ biji bawang holland cincang – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
1 tin sos carbonara – beli online disini
1 kotak kecil susu full cream – beli online disini
½ kiub pati ayam – beli online disini
Sosej secukupnya – potong kecil
1 keping keju cheddar
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland cincang. Masak sehingga layu.

2. Taburkan tepung gandum dan kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air untuk lembapkan masakan.
4. Masukkan sos carbonara. Sos ini sudah mempunya rasa masin. Jadi elakkan menambah garam dalam masakan.
5. Masukkan susu full krim. Sebatikan.
6. Kemudian masukkan separuh kiub ayam. Ingat, jangan tambah garam dah.
7. Tambah sosej yang telah dipotong kecil. Boleh juga campurkan lobak merah yang didadu halus dan cendawan butang. Terpulang pada selera masing-masing.
8. Seterusnya masukkan kepingan keju. Ini adalah optional. Jika letak sos sedap, jika tak letak, pun sedap juga. Terpulang. Boleh tambah jika ada.
9. Kacau masakan sehingga likat. Padamkan api dan biarkan ia sejuk.
10. Gulung popia macam biasa.
11. Inti tak perlu banyak. Sedang-sedang sahaja.
12. Popia yang siap digulung.
13. Goreng Popia macam biasa guna api sederhana. Bila keperangan, angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

INFO RASA: Bila makan harus jaga-jaga kerana Popia yang baru siap dimasak ini, intinya masih panas dan boleh melecurkan lidah. Sebaiknya biarkan sejuk seketika.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Comments

Leave a Reply