Memang aktif dan padat betul jadual anggota tertua kumpulan BTS yang seorang ini. Mana tidaknya, selepas menamatkan latihan ketenteraan pada Jun lalu. Jin BTS langsung mengadakan acara salam dan peluk bersama peminat.
Selain itu, vokalis BTS ini juga turut muncul dalam beberapa rancangan di televisyen dan media sosial serta tidak putus-putus menyediakan pelbagai konten untuk para peminat yang disayangi
Terbaru, Jin atau nama sebenar Kim Seokjin (32) memberi kejutan istimewa untuk peminat BTS iaitu ARMY apabila dia membuat pengumuman bakal menganjurkan ‘Merry Run Around’ iaitu acara unik dan berbeza dari yang lain kerana penyanyi ini akan menatap muka 50 orang BTS ARMY.
Pengumuman itu dikongsi menerusi aplikasi Weverse, ia diadakan bersempena pelancaran album barunya berjudul ‘Happy’ dan acara itu akan berlangsung di taman tema hiburan Lotte World Adventure, Seoul, Korea Selatan pada 24 November ini.
Dalam pada itu, ‘Merry Run Around’ akan diadakan secara tertutup atau lebih tepat lagi sebelum taman tema hiburan itu dibuka kepada orang ramai.
Menurut Jin, dirinya mempunyai impian untuk meluangkan masa dengan lebih dekat bersama peminat dengan bermain kuda carousel atau permainan kuda yang anda pernah lihat di fun fair sambil mencipta kenangan indah bersama.
BACA: Jin BTS Dipilih Sebagai Duta Global Gucci, Bakal Keluarkan Album Baru!
Lebih menarik lagi, para pemenang bertuah juga akan menerima tiket masuk percuma ke taman tema hiburan Lotte World.
Sedikit fakta mengenai acara ‘Merry Run Around’, konsep dan idea dari segi pemilihan aktiviti, lokasi dan sebagainya dilontarkan oleh Jin sendiri kerana penyanyi itu berniat untuk mencipta pengalaman menyeronokkan menerusi pendekatan berbeza daripada acara tandatangan atau ‘fan meet’ yang dilihat agak cliché.
Jin BTS telah membuktikan bahawa kasih sayangnya kepada peminat di seluruh negara dan dia turut berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak putus menyokong dirinya sepanjang berada dalam industri muzik.
BACA: Peminat Jangan Berharap Lebih, Jin BTS Mengaku Tiada Niat Nak Jadi Pelakon
“Saya sentiasa berterima kasih kepada peminat dan membuat mereka bahagia adalah sebahagian tugas saya,” katanya.
Bercakap mengenai perkembangan seni Jin BTS, beliau baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘I’ll Be There’ pada 25 Oktober lalu dan bakal muncul dengan album pertama solo pada 15 November ini.
Wah! Memang jarang dibuat oleh superstar ya! Tapi Jin memang hebat sebab mahu buat yang terbaik untuk peminat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.