Bila Lutut Bunyi ‘Pop’: Petanda Kecederaan ACL, Adakah Serius Atau Masalah Biasa?

Kecederaan ACL atau dipanggil sebagai  “ligamen anterior cruciate” merupakan salah satu kecederaan yang paling biasa berlaku dalam sukan.

Ini terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan cepat, pusingan dan perubahan arah yang mendadak seperti bola sepak, bola keranjang dan ski.

ACL merupakan ligamen yang menghubungkan tulang femur (paha) dengan tibia (betis) di lutut.

Foto : eCentral.my

Sendi lutut ini diselaputi kapsul dan distabilkan oleh beberapa ligamen yang penting iaitu ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) dan ‘lateral collateral ligament’ (LCL).

Foto : eCentral.my

Kecederaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan memerlukan pemulihan yang panjang yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta prestasi sukan.

Bagi pemain atau individu aktif bermain bola sepak, ia merupakan satu mimpi ngeri bagi mereka kerana kecederaan ACL ini banyak berlaku di kalangan atlet bola sepak.

PUNCA BERLAKU KECEDERAAN ACL

“Sebanyak 80% kecederaan ACL yang berlaku semasa bersukan terjadi bukanlah disebabkan oleh hentakan terus pada lutut (non-contact injuries).” – Physioworks, 2019.

Kecederaan ACL boleh berlaku akibat daripada pelbagai faktor antaranya:

  1. Pergerakan Pusingan Mendadak
    Kecederaan ACL sering terjadi apabila seseorang membuat perubahan arah yang mendadak, contohnya ketika seseorang cuba menggelecek bola sepak. Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, dan ragbi yang melibatkan lompatan dan pusingan adalah berisiko tinggi.

Foto : Sinar Harian

  1. Hentakan atau Perlanggaran
    Kadangkala, kecederaan ACL boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau benda keras semasa bermain sukan.
  2. Pendaratan Tidak Betul
    Kecederaan ACL juga boleh berlaku ketika seseorang mendarat secara tidak betul, terutama selepas melompat atau menyentuh permukaan keras. Ini boleh memberi tekanan yang tinggi pada ligamen ACL.
  3. Kelemahan Otot dan Ketidakseimbangan
    Kelemahan otot-otot di sekitar lutut, terutamanya quadriceps dan hamstrings, boleh meningkatkan risiko kecederaan ACL. Otot yang lemah kurang mampu memberikan sokongan kepada ligamen ACL semasa aktiviti sukan.

RAWATAN SELEPAS KECEDERAAN

Foto : Physiomobile 

  1. Rawatan Segera (Peringkat Awal)

Setelah kecederaan ACL berlaku, langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan bengkak dan mengawal kesakitan adalah :

  • Rehat : Mengelakkan aktiviti berat yang boleh memburukkan lagi kecederaan.
  • Ais : Meletakkan ais pada lutut yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Gunakan ais selama 15-20 minit setiap 2-3 jam dalam tempoh 48 jam pertama.
  • Kompresi : Menggunakan pembalut elastik untuk memberikan tekanan ringan pada kawasan yang cedera, tetapi pastikan ia tidak terlalu ketat.
  • Elevasi : Mengangkat kaki pada posisi yang lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan pembengkakan.
  1. Pemulihan Fasa Awal

Pada fasa pemulihan awal, tujuan utama adalah untuk mengembalikan mobiliti dan mengurangkan kesakitan contohnya :

  • Terapi Fisioterapi: Latihan untuk meningkatkan julat pergerakan lutut dan menguatkan otot sekitar lutut (hamstring, quadriceps). Terapi ini akan dijalankan oleh ahli fisioterapi dan melibatkan latihan berperingkat.

Foto : eCentral.my

  • Penggunaan Sokongan: Penggunaan pembalut atau penyangga lutut untuk memberi sokongan dan stabiliti pada lutut semasa aktiviti seharian.
  1. Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan untuk koyakan ACL yang lebih teruk atau bagi mereka yang ingin kembali ke aktiviti sukan yang intens.

BACA LAGI : Lima Artis Lelaki Thailand Berjaya Pikat Hati Peminat Wanita Di Malaysia

Pembedahan ini melibatkan penggantian ligamen yang koyak dengan tisu transplant atau sintetik. Selepas pembedahan, pesakit akan menjalani proses pemulihan yang panjang, termasuk terapi fizikal dan latihan penguatan otot.

Kecederaan ACL memerlukan rawatan yang teliti dan berperingkat. Jika anda mengalami kecederaan ACL, pastikan untuk berunding dengan pakar ortopedik atau fisioterapis untuk menentukan rawatan yang terbaik mengikut keadaan anda. Cegah sekarang sebelum kecederaan menjadi lebih serius!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply