Resipi Ayam Masak Kicap Kering, Buat Satu Lauk Ini Pun Dah Mantap

Biasanya ayam asak kicap akan ada kuahnya, tapi ada juga versi ayam masak kicap yang kering. Dimasak dengan dengan bahan tumisan, kicap serta beberapa rempah menjadikannya ia cukup enak. Satu lauk ini saja pun dah cukup sedap.

Cara buat ayam masak kicap kering yang sedap

Bahan-bahan

1 ekor ayam -dipotong, digaul dengan garam dan kunyit dan digoreng
12 biji bawang kecil -dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
½ inci halia -dikisar
3 tangkai cili merah -dikisar
3 tangkai cili hijau -dikisar
1 sm jintan manis (biji)
1 sm jintan putih (biji)
5 tangkai cili kering (kerat)
2 biji buah tomato -dipotong dadu
2 helai bay leaf
3 bunga lawang
1 kayu manis
3 tangkai daun kari
2 sm serbuk cili
1 sm ketumbar serbuk
1 sm serbuk lada hitam
5 sm kicap
1 sm yogurt
Daun ketumbar

Cara membuat

1.Tumis daun bay, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis dan jintan putih.

2. Masukkan bawang kecil, cili merah, cili hijau, halia, bawang putih, daun kari dan cili kering yang dikerat. Kacau sebati hingga tumisan masak.

3. Bila tumisan sudah garing, masukkan serbuk cili, buah tomato, serbuk ketumbar, lada hitam, kicap dan perasakan dengan garam. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam yang digoreng yogurt dan daun ketumbar. Gaul ayam dengan bahan tumisan kicap hingga sebati.

Kredit resipi& foto: Zaidah Ibrahim

Comments

Leave a Reply