Nampaknya, kini para pelajar Tingkatan 5 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 boleh melakukan persediaan akhir kerana peperiksaan dijadualkan berlangsung pada awal Disember depan.
SPM pada tahun ini akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris.
Alang-alang menyeluk pekasam, meh kami kongsikan tarikh penting bagi setiap ujian yang anda perlu take note!
1- Ujian Bertutur Bahasa Melayu ia akan dilaksanakan bermula pada 2 hingga 5 Disember 2024.
2- Ujian Amali Sains (9, 10 dan 12 Disember 2024 untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi). Manakala bagi mata pelajaran Sains Tambahan, ujian amali akan diadakan 12 Disember 2024.
3- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16 hingga 19 Disember 2024).
4- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember 2024).
Seterusnya, bagi peperiksaan bertulis SPM 2024 pula, ia bakal bermula dari 2 Januari 2025 sehingga 6 Februari 2025.
Bagi calon-calon SPM 2024, anda masih ada banyak lagi masa untuk mengulangkaji subjek lain kerana Kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual – Teori Seni merupakan subjek pertama yang akan diduduki pada 2 Januari 2025, Khamis.
Ia disusuli Kertas Bahasa Inggeris dan Tasawwur Islam pada 6 Januari 2025. Untuk memudahkan para pelajar SPM, ibu bapa, dan guru, Remaja sertakan sekali lampiran senarai tarikh peperiksaan:
Klik Sini: Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024
Kami di Remaja mendoakan para pelajar yang bakal menduduki SPM 2024 berjaya dan semoga anda dikurniakan kekuatan serta kesihatan mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan itu tidak lama lagi.
Ingat! Jangan pernah putus asa sebab setiap penat lelah anda pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.