Resipi Ikan Bakar Berempah, Tak Perlu Buat Air Asam Pun Dah Sedap

Ikan bakar biasanya lagi sedap dihidangkan air asam. Tapi ikan bakar versi berempah ini tak memerlukan air asam pun, rasanya sudah cukup sempurna. Mewah dengan sambal yang dibakar sekali, ikan bakar ini memang tak perlukan penyicah lain.

Resipi ikan bakar berempah

Bahan-bahan

1 ekor ikan jenahak (boleh guna ikan yang disukai)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 helai daun limau purut (dihiris kasar)
1 kuntum bunga kantan

Bahan kisar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
3 sudu makan cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
Air asam jawa secukupnya
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara memasak

1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak. Tutupkan api.

2.Sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Lumur ikan dgn garam dan kunyit ikan terlebih dahulu.

3. Letak daun kunyit di atas aluminum foil kemudian letakkan sedikit perencah tumis di atas daun kunyit.

4. Letakkan ikan diatasnya. Kemudian tuangkan kesemua perencah tumis tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut , bunga kantan dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.

5. Kemudian bakar ikan sehingga masak. Jika bakar guna pemanggang ajaib 15 minit saja.

6. Setelah masak, hidangkan.

Kredit resipi & foto: Nur Masri

 

Comments

Leave a Reply