Fazura Kini Lebih Bahagia -“Bukan Nak Riak, Tapi Saya Lebih Tenang Sekarang”

Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, berkongsi mengenai keadaannya selepas lebih sebulan bercerai dengan bekas suaminya yang juga aktor, Fattah Amin.

Menerusi laporan media tempatan, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dia kini lebih tenang dan bahagia melalui kehidupan sebagai ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Puji Suara Fazura -“Awak Sesuai Duet Dengan Saya, Suara Unik & Universal…”

“Bukan nak riak, tapi saya lebih tenang sekarang,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, pelakon filem popular Pisau Cukur ini turut menjelaskan bahawa dia memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah dan lebih fokus kepada kedamaian dalam hidupnya.

“Sejujurnya saya lebih tenang dan lebih bahagia. Alhamdulillah. Saya serahkan segalanya kepada Allah swt. Apa yang orang nak kata itu urusan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Letak ‘Rate’ Minimum RM15 Ribu Untuk Terima Sebarang Tawaran Menyanyi

“Urusan saya, di antara saya dengan Allah swt. Itu sahaja. Saya okey. Saya tenang. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Berkenaan dengan hak penjagaan anak mereka, Fazura dan Fattah telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada Fazura. Sementara itu, Fattah diberikan hak lawatan tiga kali seminggu serta hak untuk bermalam dua kali sebulan pada hujung minggu dari Jumaat hingga Ahad.

Sekadar info, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari setelah tujuh tahun hidup bersama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kosmo!


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply