Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya, Han dan Yuki di dalam jagaannya.
Menerusi Instagramnya, Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak-anaknya dalam apa jua perkara.
“Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang. Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku.
“Namun kes hari ini aku telah bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang,” luahnya.
Tidak mahu dua anaknya terkurang kasih sayang seorang bapa, usahawan berjaya ini juga turut mencari kediaman baru berdekatan rumah suaminya bagi membolehkan dua anaknya terus berjumpa bapa mereka.
“Dia bapa yang baik. Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga.
“Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku. Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-buruk kan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula.
“Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han & Yuki,” luahnya lagi.
Terdahulu Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam sah bercerai selepas kemelut rumah tangga mereka membabitkan pekerja Jofliam sendiri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.