Jom masak Daging Bakar cicah Air Asam Kerisik Tomato yang sangat sedap ni. Cara penyediaannya cukup mudah dan tidak renyah. Sesuai untuk anda yang suka sangat makan berama air asam. Nikmati pula dengan nasi panas. Fuh…. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hayati Saidin ni. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM KERISIK TOMATO
BAHAN PERAPAN DAGING BAKAR:
1/2kg daging – hiris tebal ½ inci
1 sudu besar lada hitam – tumbuk
5 ulas bawang putih – tumbuk
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar sos ikan – beli online disini
2 sudu besar gula perang – beli online disini
Sedikit garam & serbuk cukup rasa
2 sudu besar minyak kelapa
BAHAN AIR ASAM KERISIK:
2 biji tomato – sebiji dihiris nipis & sebiji lagi untuk dikisar (*)
2 biji cili merah besar (*)
4 biji cili padi (*)
1/2 inci belacan (*)
2 biji bawang besar saiz sederhana – sebiji belah dua & potong nipis, sebiji lagi potong untuk dikisar (*)
Asam jawa sebesar ibu jari – bancuh (*)
Garam secukupnya
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan kerisik – beli online disini
Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan tumbuk dan gaulkan dengan daging.
2. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, gula perang, garam, serbuk cukup rasa dan minyak kelapa.
3. Gaulkan pada daging hingga rata dan perap lebih kurang 3 jam. Lagi lama diperap lagi lembut dagingnya.
4. Bila cukup masa perapan, bakar daging. Bila agak-agak daging hampir masak, tuang lebihan perapan ke atas daging. Angkat bila daging sudah masak dan hiris nipis.
5. Untuk sediakan air asam kerisik, satukan bahan-bahan bertanda (*) dan kisar kasar. Jangan lumat sangat.
6. Tuang ke dalam bekas berisi tomato dan bawang yang dihiris nipis. Gaul sebati.
7. Masukkan garam, gula, sos cili, kerisik dan sedikit serbuk perasa. Gaul sebati.
8. Hidangkan bersama daging bakar tadi.
Kredit resipi & foto: Hayati Saidin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Letak Daun Pandan. Ini Rahsia Masak Nasi Ala Kak Wok Yang Sedap & Beraroma
Hanya Guna 4 Bahan. Resipi Sekaya Telur Ni Memang Mudah & Sedap
Cara Simpan Lebihan Santan Kotak Supaya Lebih Mudah Guna & Tak Basi
Resipi Kuih Lapis Coklat Pandan Paling Mudah. Bahan Hanya Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.