Pengalaman ke Krabi 6H5M, Lelaki Ini Kongsi Tip Mudahkan Urusan Di Thailand

Ini pengalaman ke krabi selama 6 hari 5 malam, satu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh seorang lelaki ketika bercuti di Thailand.

Memilih lokasi hampir dengan pantai dan pasar malam, memudahkan saudara Faiz Hatta bergerak dengan mudah untuk makan dan menikmati pemandangan yang indah.

Hari Petama

Ao nang beach

Sampai ke krabi airport ambil shuffle van ke aonang. Bayaran 150 bhat per person, keluar airport akan ada van yang approach kita, hanya bagi nama hotel dia akan drop sampai ke lobby hotel. Check in dekat aonang colour hotel.

Bilik besar dan selesa, dekat dengan pantai dan kedai, harga semalaman cuma RM70 sahaja.

Khaothong Hill

View dari khaothong hill

 

Saya pergi sini dengan menaiki motor sewa. Jarak dari Aonang dalam 25km. Cas masuk dalam 50bhat, atas tu ada restaurant and view dia memang sangat cantik. Kalau pergi sendiri pastikan balik sebelum malam.

Sekitar Aonang district

Saya balik lepas magrib seram betul jalan. Kiri kanan hutan tak ada lampu.

Krabi Night Market

Krabi night market

Pasar malam ini hanya beroperasi jumaat-ahad sahaja, makanan dia lebih murah dari aonang night market.

Hari Kedua

Tiger Cave Temple

Tiger cave temple

Siapa yang tak pernah hiking, tak galakkan sebab kena panjat 1300 atas tangga. Saya naik pun separuh nyawa, temple atas bukit.

Ada patung buddha emas, view dari atas memang awesome sangat. Tiada bayaran dikenakan just derma seiklas hati. Jarak temple dari Aonang hotel 19km.

Tangga pemutus harapan Tangga pemutus harapan

View dari atas temple

Klong Root

Klook roof

Tempat untuk aktiviti berkayak dan mandi-mandi ini adalah sebuah tasik yang besar, lenguh juga nak kayak sampai ke hujung. Tapi airnya sangat jernih.

Jarak dari temple dalam 24km. Bayaran sewa kayak 300 bhat. Boleh kayak sepuasnya. Jika nak guide tolong kayakkan kena add on 100 bhat. Sila datang seawal pagi, elak sesak.

Hari Ketiga

Emerald Pool

Ticket masuk dalam 400 bhat person. Jarak dari Ao Nang around 60km. Dekat Emerald pool kita boleh mandi puas-puas jika pergi sendiri. Memang jernih airnya. Sangat recommend untuk pergi.

Hari Keempat

Phi phi Island

Saya cadangkan ambil pakej ke Phi Phi Island, cuma mahal sedikit dari 4 island tapi sangat berbaloi. Saya pergi cuma 1500 bhat. Free lunch. Lunch dalam dewan. Makanan sedap 2-3x saya tambah. Dekat Ao Nang banyak yang jual pakej Island hoping. Kena rajin survey.

Hari Kelima

Free and easy
Just jalan-jalan sekitar Ao nang dan Aonang night market.

Hari Keenam

Kembali ke Malaysia

Untuk mudahkan urusan anda, ini sedikit tip bagi anda bersedia dari awal.

1) Jalan dekat Krabi lebih kurang macam kat Malaysia. Jadi tak perlu takut sangat untuk drive or ride.
2) Beli simcard seeloknya dari Malaysia. Boleh beli kat Shopee murah sikit. Saya hari pertama beli simcard kena 700 bhat untuk 15 hari kat 7eleven. Dekat airport harga dalam 450 bhat. Dekat travel agent 300 bhat untuk 1 bulan.
3) Harga minyak kat sini memang mahal, terkejut saya.
4) Jika pergi ke mana-mana sendiri naik motor pastikan balik sebelum gelap. Jalan-jalan sekitar Krabi ini menakutkan betul bila malam.

Aonang beach

5) Kalau booking hotel pilihlah area Aonang sebab dekat pantai, jangan pilih dekat Krabi. Sebab malam Krabi town macam pekan mati.
6) Sewa motor antara 200-250 bhat. Boleh letak paasort sebagai cagaran atau 3000 bhat.
7) Nak pergi airport boleh ambil shuffle van. Dekat Aonang banyak atau minta hotel panggilkan pun boleh.

Itu sahaja yang anda perlu berwaspada dan bersedia, semoga percutian anda ke Krabi berbaloi dan dipermudah bila sampai sana.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply