Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidak menghalang Mohammad Syafizul Zolkurnin, untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah kilang, namun minat dan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan membawanya meraih Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Mohammad Syafizul yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, berkongsi bahawa minatnya terhadap kejuruteraan bermula sejak kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Raih Anugerah Emas Di Pentas Konvokesyen IPG, Bakal Pendidik Ini Mahu Lahirkan Pelajar Yang Seimbang Dalam Setiap Aspek
Graduan berusia 25 tahun ini juga sering menghabiskan masa dengan mereka bentuk rumah dan bot menggunakan kayu.
“Sejak kecil saya sudah tertarik dengan kejuruteraan dan ia menjadi pendorong utama untuk saya melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
Selain itu, sebagai anak sulung, saya bertekad mengubah nasib keluarga melalui kejayaan akademik ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa & Anak Tamat Pengajian Bersama, Kongsi Kejayaan di Pentas Konvokesyen UMPSA
Pencapaian cemerlang ini turut diraih ketika dia menerima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP semasa Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 yang diadakan di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.
Selain kejayaan akademik, Mohammad Syafizul kini bekerja sebagai jurutera proses di sebuah syarikat multinasional. Dia menzahirkan kesyukuran kerana gaji yang diterimanya kini setara dengan pendapatan kedua ibu bapanya, yang mana ibunya bekerja sebagai kerani.
“Saya sangat gembira kerana kini saya dapat meringankan beban keluarga dan memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” ujarnya dengan nada penuh syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan online.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.