Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi masa sebulan kepada semua platform media sosial untuk memberi maklum balas rasmi berhubung kod tatalaku melibatkan platform media sosial yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2025. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, masa sebulan diberikan kepada semua penyedia perkhidmatan sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan MCMC bagi tujuan pelesenan.
Selepas perkara dimuktamadkan, kod tatalaku itu akan diterbitkan dan semua penyedia yang cukup syarat diwajibkan berdaftar. Kod tatalaku itu adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyedia platform media sosial termasuk bersikap responsif terhadap sebarang aduan yang diterima daripada pengguna, Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan beberapa tindakan yang boleh diambil termasuk kemungkinan dikenakan denda.
Tambah Fahmi, kebanyakan penyedia media sosial dilihat memberi kerjasama yang baik dalam memberi maklum balas mengenai perkara itu. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir penyedia yang masih teragak-agak, bahkan ada juga yang enggan menyatakan sokongan kerana merasakan tiada keperluan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun SKMM mempunyai kuasa untuk mewajibkan mereka untuk mematuhi undang-undang negara.
Terdahulu, Fahmi turut mengingatkan keperluan pelesenan itu bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab, serta memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan platform digital lebih selamat untuk pengguna khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.