Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi mengatakan sebuah projek rintis telekomunikasi yang menggunakan satelit LEO (Low-Earth Orbit) akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun hadapan, 2025.
Melalui penggunaan teknologi ini, ia disasarkan untuk perkhidmatan telekomunikasi disalurkan dan dipancarkan terus ke peranti pengguna, tanpa perlu melalui menara telekomunikasi. Langkah ini akan memudahkan peningkatan capaian telekomunikasi terutamanya dikawasan pedalaman dengan kesukaran membina menara telekomunikasi.
Buat masa ini, tidak diketahui syarikat manakah akan terpilih untuk projek rintis ini. Pihak Starlink sebelum ini sedia memulakan eksperimen untuk projek pancaran dari satelit terus ke peranti pengguna, dinamakan “Direct-To-Cell”, sekaligus membolehkan para pengguna kekal berhubung ketika berada di kawasan pedalaman, terutamanya untuk tujuan kecemasan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.