Pemegang Kad Visa Di Singapura Boleh Membayar Dengan Imbasan Telapak Tangan

Pemegang kad Visa di Singapura kini boleh melakukan transaksi pembayaran dengan mengimbas telapak tangan. Teknologi Tencent Palm telah digunakan bagi membolehkan pemegang kad Visa melakukan pembayaran tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal.

Untuk melakukan pembayaran Pay by Palm, hanya tapak tangan perlu diimbas pada sebuah mesin khas. Pada ketika ini ciri ditawarkan kepada pemegang kad Visa pelanggan bank DBS, OCBC, dan UOB. Kerana Pay by Palm masih di peringkat ujian rintis, transaksi hanya boleh dilakukan pada rangkaian kedai kopi Alchemist sahaja dengan rancangan mengembangkannya di masa hadapan.

Sebelum Pay by Palm boleh digunakan, pengguna perlu melakukan pendaftaran telapak tangan terlebih dahulu pada mesin. Selepas ini dilakukan, semua pembayaran boleh dilakukan dengan imbasan telapak tangan sahaja tanpa memerlukan kad fizikal atau telefon pintar.

Ini ialah kali pertama teknologi imbasan telapak tangan Tencent Palm digunakan di luar China. Ia mirip teknologi Amazon One yang pada awalnya dibangunkan untuk pasaraya milik mereka sahaja sebelum juga ditawarkan untuk pintu masuk pejabat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply