Mulanya Diraikan Untuk Orang Bujang, Ini Sejarah Unik ‘Single Day’ 11.11!

Pernahkah tak korang dengar tentang ‘ single day’ sebelum ini? Di China, Hari Bujang merupakan hari untuk individu yang masih bujang yang diraikan setiap 11.11 atau 11 November.

Mungkin ramai antara kita anggap 11.11 sebagai hari membeli-belah dalam talian, sebab  banyak promosi dan tawaran menarik. Namun begitu, ia bukan sahaja tentang membeli-belah, kerana terdapat juga perayaan lain pada hari tersebut.

Single day Single day

Hal ini berikutan Singles’ Day pada mulanya diasaskan oleh seorang pelajar dari China sekitar awal 1990 sekaligus membuatkan hari ini sangat sinonim dengan promosi jualan barangan di China serta mulai diikuti beberapa negara lain.

Bagaimana Singles’ Day bermula

Seperti namanya, tarikh 11.11 dipilih sebagai Singles’ Day dimana angka ‘1’ dikatakan sangat kehidupan sebagai seorang solo tanpa pasangan. Singles’ Day pada mulanya diperkenalkan sebagai hari menghargai mereka yang tidak mempunyai pasangan.

Tahun demi tahun, Alibaba buat pertama kalinya pada tahun 2009 mula memilih tarikh ini sebagai hari untuk mengadakan promosi besar-besaran serta peluang buat mereka yang bujang untuk menghadiahkan diri mereka dengan barangan yang diingini beserta harga promosi.

Pada 2014, Alibaba berjaya memecah rekod sebagai penerima jumlah jualan tertinggi oleh sebuah syarikat dengan jumlah $14 bilion (RM58 bilion). Tahun-tahun berikutnya angka yang dicatatkan Alibaba sempena Singles’ Day dilihat terus meningkat dimana syarikat ini berjaya memperoleh RM158.37 bilion.

Kemeriahan Singles’ Day ini secara tidak langsung turut mengundang beberapa syarikat besar daripada negara luar untuk turut sama menjayakannya seperti Adobe, Apple, Nike dan Estée Lauder.

Kini, Singles’Day bukan sahaja disambut oleh mereka yang bujang malah mereka yang berkeluarga untuk mendapatkan kelengkapan rumah, makanan serta pelbagai lagi barangan lain yang tersedia.

Melihat kepada trend orang ramai yang lebih selesa untuk mendapatkan barangan secara atas talian, pastinya Singles’ Day bakal lebih meriah untuk tahun-tahun akan datang.

Alibaba pada tahun ini sekali lagi mencapai jumlah jualan tertinggi mereka sebanyak RM158.37 bilion. Lazada pula cuma memerlukan 13 jam untuk menandingi rekod jualan 11.11 pada tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber : Vox

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply