Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terbaharu mereka, Sejati, bersama pengenalan produk baharu di bawah jenama Songhe, Red Rice Mix Thai Hom Mali.
Kempen Sejati, yang dibawakan khas oleh JATI Foundation, komited dalam menyokong komuniti masyarakat kelainan upaya (OKU) dengan menyediakan sumber dan peluang pekerjaan dan dengan itu, Serba Wangi dengan sukacitanya telah mengumumkan akan menyumbang bekalan beras selama setahun kepada 30 rumah kelainan upaya bersama sumbangan wang tunai sebanyak RM 300,000. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Serba Wangi dalam usaha untuk berkongsi sinar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.
Inisiatif ini juga dilihat dapat mengetengahkan lagi komitmen syarikat terhadap menyediakan platform sokongan moral kepada masyarakat yang memerlukan selain menawarkan produk makanan yang berkualiti tinggi.
Untuk memperluaskan jangkauan kempen ini dan memudahkan golongan sasar untuk memohon, Serba Wangi telah menyediakan platform Google Form di mana individu yang memerlukan boleh memohon bantuan dengan cara mengisi borang di link tersebut. Setiap permohonan akan diteliti bagi memastikan bahawa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tidak dipinggirkan.
Acara yang berlangsung di Tropicana Gardens Mall ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara, sebagai tanda sokongan beliau terhadap inisiatif ini.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini juga, Serba Wangi turut mengambil kesempatan untuk meraikan pelanggan setia mereka melalui majlis penyampaian hadiah untuk kempen Beras Habis? Jati Supply, di mana sepuluh pemenang telah menerima bekalan beras seumur hidup sebagai tanda penghargaan.
Selain itu, Serba Wangi turut memperkenalkan beras baharu jenama Songhe iaitu Red Rice Mix Thai Hom Mali, yang menggabungkan rasa lazat beras merah dengan aroma wangi beras Thai Hom Mali. Pilihan yang lazat dan berkhasiat ini adalah sempurna untuk pengguna yang mementingkan kesihatan. Adalah menjadi misi utama Serba Wangi untuk memberikan beras yang kualiti tinggi kepada para pelanggan.
Kempen Sejati dan pelancaran Red Rice Mix Thai Hom Mali yang baharu ini secara tak langsung mencerminkan visi Serba Wangi untuk mencipta perubahan positif dan meningkatkan kepelbagaian pilihan beras yang berkhasiat kepada para pelanggan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.