5 Gaya Tudung ‘Haute Couture’ Supermodel HALIMA ADEN, Ringkas Tapi Mewah!

5 gaya tudung ‘haute couture’ supermodel Halima Aden, ringkas namun kelihatan mewah. Supermodel berhijab warga Somalia Amerika ini mula menjadi terkenal selepas menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota USA 2016. Ketika itu, Halima merupakan salah seorang peserta separuh akhir.

Hijabista kongsikan 6 gaya tudung haute couture supermodel Halima Aden yang boleh sis jadikan inspirasi untuk kelihatan mewah.

Bling-Bling
Dalam foto yang dimuat naik pada 23 Mei 2023, Halima memakai gaun berwarna navy dan dihiasi dengan labuci berkilauan unik. Manakala bahagian bawah pakaian mempunyai warna ungu yang berbeza. Selain labuci, Halima turut melengkapkan penampilannya dengan jubah berlipat hitam yang elegan.

Kredit Foto: IG @halima

Model berusia 28 tahun ini dilihat memakai tudung hitam yang dililit di leher agar kelihatan kemas. Pakaian yang dipakai Halima adalah berjenama Gucci untuk acara yang dihadirinya di Cannes, Perancis.

Putih & Ringkas
Pakaian yang dipakai oleh Halima ini kelihatan lebih ringkas.

Kredit Foto: IG @halima

Foto yang dimuat naik pada 10 Mei 2023 menunjukkan Halima bergambar di salah satu destinasi di Maghribi.

Cardigan & Beige
Halima mengenakan pakaian serba beige jenama Max Mara. Dia memadankan baju dan skirt monogram A-Line dengan kardigan panjang dalam warna sama yang menyerlahkan lagi gayanya. Halima turut memakai seluar di bawah skirtnya.

Kredit Foto: IG @halima

Untuk tudung, Halima memakai pashmina kuning air daripada satin. Foto yang dimuat naik pada 25 Oktober 2018 ini menunjukkan Halima memakai kasut tumit tinggi dengan corak kulit haiwan.

BACA JUGA: Kongsi Gambar Pakai Turban, Rambut & Leher Terdedah. Imej Terbaru HALIMA ADEN Cetus Kontroversi

Sut & Seluar Kulit
Halima turut memuat naik gambar OOTD ketika berada di lapangan terbang. Dia menyarungkan jaket bahu lebar yang popular pada tahun 80-an. Seluar yang dipakai adalah jenis fit-body yang diperbuat daripada kulit sekaligus menyerlahkan bentuk kakinya yang panjang.

Kredit Foto: IG @halima

Halima turut memberi kontra dengan pakaian serba hitam bersama pashmina kelabu bermotif bunga. Dilengkapi pula dengan beg Louis Vuitton serta cermin mata hitam berbingkai besar.

Turban & Pakaian Renda
Halima yang berketinggian 166 cm ini kelihatan anggun memakai gaun berlengan belon dan hiasan renda. Halima melengkapkan gayanya dengan turban di kepalanya. Pemakaian anting-anting menambahkan lagi kesan glamor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Halima (@halima)

Comments

Leave a Reply