Bina ‘Taman’ Di Rumah Apartment, Ini Tip Bagi Pokok ‘Indoor’ Sentiasa Segar!

Siapa cakap tinggal di kediaman jenis apartment boleh menyekat hobi untuk bercucuk tanam. Sebenarnya, boleh je wujudkan ‘taman bunga’ walau tinggal di rumah jenis apartment yang mempunyai ruang terhad.

Melalui perkongsian di akaun Facebook yang diberi nama End Julia Daisy, kelihatan ramai yang suka dengan cara dia menyusun atur pokok bunga di setiap ruang rumah.

Berkebun Di Apartment, Tip Tanaman Indoor Hidup Lama, Senang Jaga! Tanam pokok secara berperingkat, tak perlu beli banyak pada mulanya.

Ada Pelbagai Pokok Bunga & Kaktus

Ketika dihubungi, wanita berusia 44 tahun ini berkata sejak tahun 2008 lagi dia sudah ada hobi menanam pokok bunga. Tetapi pokok bunga itu hanya diletakkan di pejabatnya.

Namun sejak memiliki rumah jenis apartment PPA1M Pudina di Putrajaya pada Julai 2018, dia mula berjinak-jinak menanam pokok bunga di dalam rumah atau indoor.

Jenis-jenis pokok yang ditanam pelbagai

Jenis-jenis pokok yang ditanam ada pelbagai. Ada beberapa pokok dari family snake plant, family pothos, succulents, Cactus, monstera, philodendron, rubber dan caladium.

Tip Tanam Pokok Dalam Rumah / Indoor

1-Pastikan pasu semua ada lapik. Mudah nak siram dan elak kotor pada ruang rumah.

2-Pilih pokok yang tak perlu cahaya matahari yang banyak. Pokok gantung biasanya sesuai kawasan redup. Pokok yang tajam tak sesuai letak di lokasi yang mudah dicapai kanak-kanak. Walaupun bujang tapi anak saudaranya selalu datang. Jadi dia akan pastikan pokok yang tajam diletakkan di ruang yang tinggi.

Berkebun Di Apartment, Tip Tanaman Indoor Hidup Lama, Senang Jaga! Pastikan semua pokok ada lapik, mudah nak siram dan elak kotor dalam rumah.

3-Tanam pokok dalam rumah buat secara berperingkat. Tak perlu beli pokok dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Mudahkan untuk kita monitor keperluan pokok tersebut.

Cara Penjagaan Pokok Tanaman Indoor

1-Pokok diletakkan di kawasan yang masuk cahaya matahari. Setengah pokok ambil masa nak serasi dengan persekitaran. Jadi jangan kerap tukar lokasi. Pencahayaan yang cukup adalah penting.

2-Tak perlu siram kerap. Seminggu sekali memadai dan bergantung pada cuaca. Jika musim hujan perlu periksa tanah sebelum siram. Tanah kering lebih baik dari tanah sentiasa basah. Akar akan rosak.

Seminggu sekali perlu periksa daun-daun yang kering dan rosak.

3-Baja digunakan adalah campuran ajinomoto dengan power root. Dan ada juga baja slow release yang dibeli online. Sesekali dia menyiram pokok dengan air basuhan beras.

Sesekali juga dia membawa pokok ke beranda untuk bagi cahaya matahari yang lebih terang. Air yang digunakan untuk siram biasanya air tadahan. Biarkan dua atau tiga hari. Lepas tu baru siram pada pokok. Tujuan buat begitu sebab nak kurangkan klorin.

Pilih pokok tak perlu cahaya matahari banyak

Tip Bagi Pokok Sentiasa Segar

1-Seminggu sekali kena periksa daun-daun kering. Perlu buang kalau ada yang rosak. Periksa juga daun-daun yang mungkin sakit sebab serangga/bugs.

2-Racun perosak non toksik akan disembur sebulan sekali. Dia juga akan mengelap daun dengan air sebulan sekali sebab kebiasaannya ada habuk.

Paling best tanaman ini mampu hidup lama dan senang dijaga.

Artikel ini diambil dan diolah dari MW.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Foto: End Julia Daisy


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply