KAHERAH – Malaysia dan Mesir bersetuju untuk berusaha meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, kedua-dua negara juga komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan dan manfaat bersama.
“Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Perundingan Dua Hala pada 2025,” katanya dalam sidang media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin di Istana Al-Ittihadiya di sini pada Ahad.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada El-Sisi di istana sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Mesir. Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata sebelum perbincangan dua hala.
Menurut Anwar, beliau dan El-Sisi juga bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, hal ehwal budaya, pertahanan dan keselamatan, agro-komoditi, serta pelancongan.
AKAN MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.