Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri, Mak Ayah Boleh ‘Check’ Guna Cara Ini

Ramai ibu bapa tertanya-tanya bagaimana hendak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan kanan atau kiri. Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar-tukar penggunaannya mengikut keselesaan.

Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri

Menurut Puan Mahfuzah Zainol, terdapat enam cara untuk mengenalpasti kecenderungan tangan kanak-kanak yang boleh ibu bapa praktikkan.

Artikel lain: Letak Tapak Tangan Kanan Atas Dada Anak, Sebut “Ya Allah Lembutkan Hati Anakku”

“Tak Boleh Guna Tangan Kiri” Ibu Bapa Kena Tahu Tangan Dominan Bukan Pilihan

Ada beberapa ujian ringkas untuk mengenalpasti anak anda ini mempunyai kecenderungan tangan kanan atau kiri.

Mak Ayah Boleh ‘Check’ Guna Cara Ini

1. Bean bag

Cuba bagi bean bag di hadapan anak anda dan lihat tangan mana yang akan diguna untuk mengambil dan membaling bean bag.

2. Bola

Guna bola kecil seperti bola tenis untuk membaling. Perhatikan tangan mana yang dia guna untuk membaling.

3. Makanan kegemaran

Letakkan makanan kegemaran (yang kering) anak anda di tengah-tengah meja. Biar mereka ambil. Perhatikan tangan mana yang mereka guna dahulu untuk ambil.

4. Vertical writing 

Guna whiteboard marker untuk menulis nombor 8 melintang (Lazy di dinding (whiteboard sticker). Buat nombor 8 dengan cepat. Dan berulang-ulang pergerakan nombor 8 tersebut.

5. Menaip atau ‘touch screen’

Boleh guna alat berteknologi tinggi seperti komputer atau tablet untuk mengesan tangan mana yang anak anda selalu guna.

6. Handwriting

Letak pensel di tengah meja. Lihat tangan mana yang digunakan untuk mengambil pensel.
Pastikan tiada verbal prompts atau arahan untuk ubah tangan. Kita nak lihat secara spontan ‘hand dominance’ tersebut.

 

Kesemua ENAM ujian ini harus dilakukan dalam situasi santai dan tidak formal. Kita hendak mengesan kecenderungan tangan. Letak objek-objek di hadapan untuk diambil sendiri oleh anak. Bukan bagi dan letak terus di tangan mereka.

Ibu bapa boleh perhatikan tangan mana yang mereka guna untuk ambil objek tersebut.
Selain ‘hand dominance’, boleh juga gunakan teknik dan permainan yang sesuai untuk ‘foot dominance’ juga. Boleh guna bola. Secara spontan kaki mana akan menyambut dan menendang bola tersebut?

Kredit: Puan Mahfuzah Zainol (Occupational Therapist), ahli terapi carakerja di pendidikan khas.’

Baca artikel lain: Letak Toys, Tengok Anak Capai Guna Tangan Mana. Kalau Lebih 70% Tangan Kiri, Tangan Dominan Anak Kiri

Anak Kita Tangan Kiri Ke Kanan? 6 Ujian Ringkas Kenal Pasti Hand Dominance Anak!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

 

Comments

Leave a Reply