Kesebelasan Utama Liga Super: Misi Perak kekang JDT di SSI

Lambakan pemain tempatan selain empat pemain import menjadi taruhan kesebelasan utama pasukan Perak bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan tertunda Liga Super Malaysia, sebentar nanti.

Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.

Sunday Afolabi, Tommy Mawat Bada, Aiman Yusni, Shivan Pillay Asokan, Jesper Gunnar antara lima tonggak pilihan Yusri Che Lah mengawal benteng pertahanan The Bos Gaurus, malam ini.

 

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut pula menawarkan barisan pemain handalan seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Heberty Fernandes dan Juan Muniz, dalam misi meraih kemenangan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan teratas carta.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply