Tiba masa saya curahkan pengalaman kepada generasi baru — Safee Sali

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati menjadi pilihan legenda Harimau Malaya, Safee Sali, membuka lembara baru dengan melancarkan Super Safee Soccer School; sebuah klinik asas bola sepak.

Penyertaan menggalakkan menghiasi program tersebut apabila seramai hampir 115 pelatih yang terdiri daripada 13 hingga 17 tahun tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kelas pembangunan itu.

Menurut bekas pemain Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, kolaborasi sulung bersama sekolah berkenaan adalah sebagai langkah awal sambil tidak menolak kemungkinan bakal melebarkan sayap di serata Malaysia pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada Pengetua sekolah ini, Jagdev Singh, dan mahu mengambil peluang untuk sekali lagi mencurahkan pengalaman saya kepada generasi baru.

“Langkah awal ini tidak terhenti di sekolah sekitar Lembah Klang sahaja, malah mahu membawa program ini ke serata Malaysia, ulas Safee Sali kepada Nadi Weekend.

“Saya berasa syukur kerana sekolah saya dipilih apabila mengetahui berita mengenai kelas asas bola sepak di bawah seliaan Safee Sali ini ingin mengadakan program di padang sekolah kami,” kata Jagdev Singh.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply