6 Item Bajet Rendah Mampu Milik Boleh Naikkan Seri Dekorasi Raya Di Rumah! Menjelang tibanya Aidilfitri tidak lama lagi, persiapan dekorasi raya di rumah seharusnya dititik beratkan juga. Bukan apa, sewaktu hari raya ini lah kediaman akan lebih kerap di kunjungi tetamu yang datang bertandang beraya.
Selain menyajikan juadah yang enak, dekorasi dalam rumah terutamanya di ruang tamu dan meja makan harus diberi perhatian. Tak semestinya hanya tukar langsir, sofa, cat dinding atau meja makan baru sahaja yang boleh merubah wajah sudut kediaman.
Ini 6 item bajet yang mampu milik ini juga dapat menaikkan seri dekorasi pada kediaman anda sempena Aidilfitri nanti.
1. Bantal Kusyen
Sofa di ruang tamu akan bertambah seri, apabila menukar sarung kusyen yang baru. Lebih-lebih lagi jika sofa dengan rona neutral seperti putih, hitam, beige, kelabu atau coklat boleh padankan dengan bantal kusyen bercorak atau jenis polos dengan rona lebih terang atau gelap, mengikut pilihan citarasa.
2. Throw Blanket
Terdapat pelbagai jenis material dan rona yang ada bagi ‘throw blanket’ baik jenis ‘berbulu’, benang kait, baldu, fleece, cashmere, kapas dan sebagainya. Harganya pula berpatutan mengikut pilihan material yang dipilih. Hamparkan pada sudut sofa, ia pasti dapat menyuntik suasana ‘cosy’ dan menyerikan lagi ruang tamu anda.
3. Bunga Segar/ Artificial Plants / Indoor Plants
Perletakan jambangan pasu bunga tak kiralah bunga segar atau bunga hiasan dapat menaikkan seri ruang kediaman. Letak di ruang tamu atau meja makan dapat menaikkan seri ruang ini. Begitu juga dengan tumbuhan hijau seperti indoor plants. Letak di meja kopi atau di ruang rak terbuka dapat menyuntik aura segar dalam rumah.
4. Wangian
Wangian sangat penting bagi memberi rasa ketenangan dan keselesaan bagi tetamu yang datang. Terdapat pelbagai jenis rekaan bentuk wangian yang boleh digunakan seperti oil diffuser, lilin aromaterapi, pewangi semburan automatik dan sebagainya. Pertimbangkan bau yang lembut seperti vanila, ros, lavender dan lily.
Namun jika ingin lebih berjimat boleh sahaja guna bahan semula jadi seperti daun pandan dan air mawar. Campurkan kedua bahan ini ke dalam bekas dan letakkan pada sudut rumah. Pasti rumah wangi semerbak tanpa keluarkan kos yang besar.
5. Cermin
Perhatikan bahagian dinding, jika selama ini kosong dan polos tanpa sebarang hiasan, boleh letakkan cermin. Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk cermin yang sesuai boleh padankan di dinding sebagai hiasan. Cermin bukan sahaja dijadikan dekorasi rumah malah membuatkan ruang sempit tampak lebih luas, tampil lebih elegan dengan gaya tersendiri.
6.Gambar Hiasan
Selain cermin, boleh juga letakkan gambar hiasan yang cantik pada dinding yang polos. Tak kiralah lukisan seni abstrak, gambar permandangan, gambar ‘art deep’yang unik dan sebagainya. Boleh sahaja beli di kedai lukisan atau cetak sendiri, cari gambar menerusi online. Ia mampu menjadi titik fokal buat mata yang memandang. Namun untuk menggantung gambar juga ada cara dan susunannya yang betul barulah ia tampak lebih menarik.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda hias rumah supaya nampak menarik dengan bajet rendah. Namun cuba 6 item ini dahulu dan lihat hasilnya. Pasti rumah tambah berseri dan bergaya sempena raya nanti.
Selamat mencuba!
Mesti Baca:Mahu Dekorasi Ruang Tamu Dengan Aksesori Cermin? Ini Beberapa Contoh Idea Menarik Untuk Anda!
Baca Lagi Di Sini:5 Idea BIJAK Penggunaan Cermin Untuk Impak Visual Menarik Bagi Rumah Bersaiz Kecil
Artikel Menarik:Dekorasi Berkonsepkan Yang Nordic Japandi, Membolehkan Rumah Tampak Elegan Di Hari Raya Aidilfitri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.