Kamera Sekuriti 360 BotsLab Dilancarkan Di Malaysia Dengan Sistem AIoT

Hari ini kamera sekuriti 360 BotsLab telah dilancarkan di Malaysia oleh pengedar mereka TRIO Sales & Services Sdn. Bhd.(TRIO. Tiga kamera yang dilancarkan adalah di bawah siri 360 Smartlife Group dengan setiap satunya hadir dengan ciri kamera keselamatan dan juga sistem peranti berhubung dengan kecerdasan buatan (AIoT).

Produk pertama ialah Botslab Cam Indoor 2 Pro C221 yang dijual pada harga RM329. Produk ini memiliki kamera beresolusi 5MP dengan sambungan WiFi, mempunyai lapan fungsi berasaskan kecerdasan buatan (AI).  Ini membolehkannya mengesan suara tangisan, melakukan pengecaman wajah, pengesanan haiwan peliharaan dan memberi amaran pencerobohan kawasan yang boleh diakses oleh keluarga demi keselamatan di dalam kawasan rumah.

TRIO juga melancarkan produk untuk pemantauan di luar rumah iaitu BotsLab Outdoor Pan/Tilt Camera Pro W312 yang menawarkan keupayaan untuk berpusing sehingga 360 darjah dengan resolusi kamera 4MP yang mampu melakukan rakaman waktu malam yang berwarna. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sambungan WiFi, sokongan kalis air IP66 dan teknologi untuk pengurangan hingar dan produk ini dijual pada harga RM339.

Bukan setakat itu sahaja, BotsLab Outdoor Dual-Lens Camera W302 pula dilengkapi dengan dua lensa sudut lebar yang sesuai untuk mereka yang memiliki kawasan halaman rumah yang besar dan juga luas. Produk ini pula ditawarkan pada harga RM449.

Terdapat beberapa  produk lain untuk rumah pintar yang turut diperkenalkan seperti kamera papan pemuka kereta (dashcam), penggera pintu dengan sokongan video dan jam tangan kanak-kanak. Ini adalah usaha untuk mengatasi beberapa masalah dan memberi solusi dalam memantau keadaan luar dan dalam kediaman rumah, pengawasan kanak-kanak dan rakaman semasa aktiviti pemanduan. Pelancaran ini bukan sahaja memfokuskan kepada produk 360 BotsLab itu sendiri malah untuk menekankan komitmen TRIO dalam misi menerajui pasaran dengan produk yang berinovatif.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply