Piawaian Matter 1.4 Menjanjikan Sokongan Pelbagai Ekosistem IoT Lebih Baik

Piawaian Matter 1.4 diumumkan oleh Connectivity Standards Alliance (CSA) hari ini bagi membaiki isu dengan piawaian terdahulu. Perubahan paling besar ialah sistem enhanced multi-admin yang menjanjikan sokongan pelbagai ekosistem peranti berhubung (IoT) dengan lebih baik.

Walaupun Matter sepatutnya menyelesaikan masalah terdapat pelbagai ekosistem IoT, implementasinya pada produk dunia sebenar adalah perlahan. Menerusi Matter 1.4, piawaian penghala rumah dan Titik akses juga ditambah baik bagi menyokong penghala Thread.

Selain itu sokongan untuk panel solar, bateri, pam haba dan pemanas air juga akhirnya ditambah ke dalam ekosistem Matter. Pada waktu ini hanya Google dan Amazon berkata mereka akan memberikan sokongan Matter 1.4 bermula tahun depan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply