Share To TikTok Memudahkan Perkongsian Muzik Daripada Apple Music dan Spotify 

Mendengar muzik sekarang ialah aktiviti sosial dan perkongsian ke media sosial kerap dilalukan oleh pengguna. TikTok pula ialah media sosial yang dilihat boleh membantu artis menjadi lebih popular seperti MySpace lebih dua dekad lagu. Menyedari industri muzik dan media sosial saling bergantung antara satu sama lain, ciri Share to TikTok telah dilancarkan hari ini.

Dengan Share to Tiktok, muzik daripada Apple Music dan Spotify akan lebih mudah dikongsi ke TikTok. Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau. Mereka juga boleh melalukan perkara yang sama menggunakan ciri penghantaran mesej peribadi (DM) kepada pengguna lain.

Apabila pautan ditekan, muzik akan dimainkan di dalam Apple Music dan Spotify. Dengan ini kemudiannya muzik boleh distrim, disimpan dan menggalakkan pengguna untuk melihat diskografi lain artis secara terus.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply