Kakitangan TSMC Ditawarkan Gaji Tiga Kali Ganda Jika Berpindah Ke Huawei

Huawei dikenakan pelbagai sekatan teknologi menyebabkan mereka tidak dapat mengakses cip keluaran Qualcomm, Intel dan AMD. Kemudian teknologi cip mereka sendiri dihalang kerana tidak lagi dapat menggunakan faundri TSMC atau membeli kelengkapan pembuatan cip ASML. Maka satu-satunya cara untuk terus kompetitif ialah membangunkan teknologi cip secara sendiri pada kadar segera.

Menurut laporan Le Monde, Huawei kini cuba mengambil kakitangan TSMC dengan menawarkan mereka tiga kali ganda gaji berbanding yang diterima sekarang. Ini diharap akan dapat mengecilkan jurang teknologi untuk Huawei kembali menawarkan cip yang berprestasi tinggi.

Cip Kirin 9010 terkini yang digunakan pada siri Pura70 masih lagi menggunakan teknologi 7nm sedangkan cip kelas pertengahan Android sudahpun berubah ke teknologi 4nm yang jauh lebih maju. Sekiranya ramai kakitangan TSMC berhijrah ke Huawei sekalipun ia tidak bermakna Huawei akan dapat memecutkan pembangunan cip dengan teknologi 3nm dengan pantas. Ini adalah kerana rahsia industri TSMC tidak dipegang oleh seorang kakitangan sahaja dengan pecahan kemahiran dilakukan.

Seterusnya tanpa mesin NA EUV ASML yang terkini, proses menghasilkan cip 3nm (dan yang lebih kecil) tidak akan dapat dilakukan kerana teknologi sama tidak dihasilkan oleh syarikat tempatan China.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply