#WayangRemaja: Kembali Selepas 2 Dekad, Ini Fakta Korang Wajib Tahu Sebelum Tonton Gladiator II

Selepas hampir dua dekad, dunia gladiator ‘dihidupkan semula’ menerusi sekuel kepada filem Gladiator yang pernah menggemparkan pawagam satu ketika dahulu.

Pernah tak anda bayangkan apakah aksi epik dan drama yang bakal dipertontonkan menerusi filem Gladiator 2?

Pada pengamatan REMAJA, sekuel ini masih bergenrekan kisah pertarungan penuh dendam, berdarah dan mencabar keberanian. Begitupun, selari dengan peralihan zaman, pengarahnya Ridley Scott membawa karya kali ini dengan sentuhan lebih moden.

Gladiator 2 dikatakan mempunyai jalan cerita lebih dalam, tegang dan pastinya visual yang lebih menarik!

Sebelum korang menonton filem Gladiator 2 yang dijadualkan berada di pawagam pada minggu hadapan, nah Remaja kongsikan beberapa FUN FACTS mengenainya yang wajib korang tahu sebelum jejakkan kaki ke pawagam nanti.

 

‘COMEBACK’ SELEPAS 20 TAHUN

Harus diakui, tiada siapa yang mampu menghidupkan dunia ‘gladiator’ sehebat Ridley Scott.

Selepas kejayaan Gladiator memenangi anugerah Oscar pada tahun 2020 menerusi lima kategori berbeza termasuklah kategori Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik, Ridley kembali mengambil alih kerusi pengarah untuk sekuel yang sudah lama dinanti-nantikan ini.

Seperti baru semalam mengarahkan filem asal itu, Ridley membuktikan kemampuannya dalam mencipta dan mengarah filem epik ini dengan lebih mendalam.

Dalam temubual yang dilakukan oleh pemberita Barat, Ridley berjanji untuk terus menghidupkan suasana yang lebih hebat daripada filem pertamanya. Penonton juga boleh bersiap sedia untuk melihat aksi Maximus serta menikmati jalan cerita yang gah skalanya serta mendebarkan!

 

BARISAN PELAKON BERKELAS A

Teraju filem Gladiator 2 kali ini memang tak relax!

Biarpun tanpa kemunculan bintang asalnya iaitu Russell Crowe sebagai Maximus, Gladiator 2 masih berbisa apabila dibintangi Paul Mescal yang sebelum ini popular menerusi siri ‘Normal People’. Beliau bakal memegang watak Lucius (anak saudara Commodus) dengan nafas lebih segar.

Selain itu, penonton juga bakal terpukau dengan karisma Marcus Acacius lakonan Pedro Pascal yang menunjukkan aksinya di samping watak Macrinus lakonan legenda yang tidak perlu diragui lagi kemampuannya, Denzel Washington.

 

LOKASI ESTETIK EMPAYAR ROM PURBA

Gladiator 2 masih mengekalkan lokasi penggambaran di Malta dan Morocco seperti filem asal bagi membantu menghidupkan suasana  zaman Rom purba dan menghalusi babak pertempuran yang lebih realistik berbanding jika penggambaran dilakukan di dalam set studio.

Dengan adanya teknologi visual yang jauh lebih maju jika dibandingkan dengan penggambar dua dekad lalu; setiap aksi, latar belakang dan visual terperinci dalam Gladiator 2 dijamin akan membuatkan penonton seolah-olah berada di tengah arena.

Namun menariknya tentang Gladiator 2, pengarahnya memilih lokasi tambahan di Sussex, United Kingdom yang dikenali sebagai Devil’s Dyke bagi menonjolkan lagi landskap di luar kota empayar Rom.

 

PLOT KISAH LUCIUS

Selepas Maximus, tiba giliran Lucius menjadi tumpuan utama dalam sekuel ini. Terinspirasi daripada keberanian Maximus, Lucius memutuskan untuk menjadi seorang gladiator.

Bukan sahaja perlu berhadapan dengan musuh dalam kalangan manusia, Lucius juga perlu bertempur dengan serangan binatang buas di dalam arena seperti babun dan badak. Memang tidak senang duduk korang nanti! Dalam pada itu, penonton juga akan dikejutkan dengan pertempuran di atas air dengan kemunculan ikan yu ganas.

*

Kejayaan dari filem pertama tersebut membuatkan ramai penggemar filem menantikan kemunculan Gladiator 2 di pawagam seluruh negara bermula 14 November 2024.

NAMUN jika korang ingin menontonnya lebih awal pada 13 November nanti, #WayangRemaja kembali memberikan tiket tayangan perdana menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Jom sertai!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply