Yamaha Tracer 9 2025 Dilancarkan – Penampilan Unik dengan Teknologi Y-AMT

Yamaha baru sahaja memperkenalkan model terkini Tracer 9 untuk tahun 2025. Kali ini dengan beberapa perubahan menarik dari segi reka bentuk, teknologi, dan kelengkapan. 

Tracer 9 2025 hadir dalam tiga varian berbeza – Standard, GT, dan GT+ – dengan setiap satunya menawarkan ciri-ciri unik tersendiri. Di pasaran UK, varian Standard hanya hadir dengan transmisi manual enam kelajuan, manakala varian GT+ menawarkan pilihan transmisi manual atau automatik Yamaha Y-AMT.

Ciri Menarik

Salah satu ciri paling menarik pada Tracer 9 2025 ialah lampu hadapannya yang kini menggunakan rekaan susunan bertingkat LED. Lengkap dengan fungsi Cornering Light untuk pencahayaan lebih baik sewaktu membelok. 

Varian GT dan GT+ pula dipertingkatkan lagi dengan lampu matriks LED adaptif yang berfungsi berdasarkan maklumat daripada sistem kamera. Secara automatik melaras tahap pencahayaan mengikut persekitaran.

Bukan sahaja pencahayaan, tetapi keselesaan penunggang juga diberi perhatian pada model terbaru ini. Tracer 9 2025 mendapat rangka belakang yang lebih panjang tetapi ringan. Memberi lebih ruang pada tempat duduk belakang. 

Yamaha Tracer 9 2025
Yamaha Tracer 9 2025

Keselesaan Tunggangan

Reka bentuk tempat duduk hadapan juga lebih rata dengan kusyen tebal. Meningkatkan ketinggian tempat duduk kepada 845 hingga 860 mm. Menjadikan posisi menunggang yang lebih selesa.

Suspensi Tracer 9 2025 juga telah dinaik taraf untuk prestasi yang lebih baik. Varian Standard menggunakan suspensi Kayaba yang boleh dilaras dengan tetapan baru. Sementara varian GT dan GT+ dilengkapi dengan suspensi semi-aktif yang dikawal oleh Inertial Measurement Unit (IMU) untuk menyesuaikan suspensi mengikut keadaan jalan.

Enjin Tracer 9 2025 kekal menggunakan unit tiga silinder CP3 berkapasiti 890 cc yang mampu menghasilkan 119 PS pada 10,000 rpm dan tork maksimum 93 Nm pada 7,000 rpm. Lima mod tunggangan disediakan: Sport, Street, Rain, serta dua mod yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian penunggang.

Yamaha Tracer 9 GT
Yamaha Tracer 9 GT

Paparan Maklumat

Dari segi infotainment, semua varian Tracer 9 2025 kini dilengkapi dengan panel meter TFT berukuran tujuh inci yang sebelum ini hanya terdapat pada model GT+. 

Selain paparan maklumat asas, skrin ini boleh disambungkan kepada telefon pintar, walaupun fungsi navigasi Garmin hanya tersedia pada varian GT dan GT+.

Perincian Lain

Ciri-ciri lain yang melengkapi Tracer 9 2025 termasuk cruise control, pemanas tangan, soket pengecas USB-C, kotak simpanan kecil di bahagian kokpit, dan tangki bahan api berkapasiti 19 liter. 

Bagi varian GT dan GT+, penambahan seperti kotak simpanan 30 liter di bahagian tepi, kunci pintar dengan central locking, quickshifter (untuk GT manual), Vehicle Hold Control, serta pelindung angin hadapan larasan automatik turut disertakan.

Yamaha Tracer 9 GT+
Yamaha Tracer 9 GT+

Teknologi Tertinggi – Varian Teratas

Sebagai model tertinggi dalam barisan ini, Tracer 9 GT+ dilengkapi dengan teknologi canggih seperti Adaptive Cruise Control (ACC), sistem brek bersepadu (Unified Brake System), Forward Collision Warning, dan Blind Spot Detection

Terdapat juga sensor radar depan dan belakang untuk memantau tekanan angin tayar serta memberi amaran sekiranya terdapat kenderaan di titik buta. 

Dari segi berat, Tracer 9 2025 Standard mempunyai berat 219 kg, GT dengan 227 kg, dan GT+ pada 232 kg.

Dengan pelbagai teknologi dan ciri mewah yang ditawarkan. Tracer 9 2025 direka untuk memberikan pengalaman menunggang yang lebih lancar, selesa, dan selamat. Memenuhi keperluan penunggang yang menginginkan motosikal yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga lengkap dengan teknologi moden.

Dari PaulTan

Baca Juga Yamaha MT-09 Generasi Baharu Dilancarkan di Malaysia, Harga RM57,998

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply