Dicemuh Penonton Gara-Gara Watak ‘Intan’, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk Buat Dirinya

Aktres jelita, Mimi Lana menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas membawakan watak ‘Intan’ dalam drama Andai Tiada Dia.

Ramai penonton yang meluahkan rasa marah dan kesal dengan watak tersebut, gara-gara Mimi membawa watak sebagai orang ketiga dalam rumah tangga.

BACA LAGI: Mimi Lana Titip Ucapan Buat Syafiq Kyle -“Cinta Akan Selamanya Ada Untuk Awak…”

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem popular The Experts itu meminta agar penonton tidak mendoakan perkara buruk terhadap dirinya.

“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan di dalam drama Andai Tiada Dia buat masa sekarang.

“tambah pula isu penyondol di dalam rumah tangga ni tengah hangat untuk sekalian rakyat jelata. Awak semua janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya,” coretnya.

BACA LAGI: Seminggu Mimi Lana Menangis, Enggan Gayakan Rambut Pendek Lagi

Selain itu, Mimi turut menegaskan bahawa watak ‘Intan’ jauh berbeza dengan dirinya dan berharap penonton dapat menonton dramanya tanpa mengaitkan dengan kehidupan peribadi.

“Intan sama sekali bukan Mimi Lana. Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk kita semua ambil iktibar dan jauhkan perangai macam Intan dari kita semua.

Just enjoy but don’t take too personal okay!” kata Mimi lagi.

Drama Andai Tiada Dia mengisahkan kehidupan suami isteri yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat, dan kehadiran orang ketiga menambah kesulitan dalam rumah tangga mereka.

Drama ini turut membariskan pelakon seperti Ummi Nadzeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim, dan Kodi Rasheed.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Mimi Lana


by

Comments

Leave a Reply