Counterpoint menerbitkan sebuah lagi carta angka jualan 10 telefon pintar paling laku mereka kali ini untuk suku ketiga 2024. Daripada jumlah ini 5 model adalah keluaran Samsung, 4 lagi daripada Apple dan 1 daripada Redmi.
Di tempat teratas ialah iPhone 15 diikuti oleh iPhone 15 Pro Max, iPhone 15 Pro, Samsung Galaxy A15 4G, Samsung Galaxy A15 5G, Samsung Galaxy A45 5G, Samsung Galaxy A05, iPhone 14, Redmi 13C 4G dan Samsung Galaxy S24.
Yang menarik di sini ialah telefon pintar Samsung yang paling laku jualannya ialah peranti 4G. Model paling premium mereka langsung tidak berada dalam senarai dengan Galaxy S24 sahaja boleh dikategorikan sebagai peranti mercu. Bagi Apple jualan siri iPhone 15 masih lagi memberangsangkan walaupun pada Q3 pasti ramai telah mula menanti pelancaran siri iPhone 16.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.