Setel Akan Mengenakan Caj 1% Untuk Tambah-NIlai Menggunakan Kad Kredit

Setel, aplikasi yang memfokuskan isian minyak di stesen Petronas, kini mengumumkan akan mengenakan caj sebanyak 1% berkuat-kuasa 5 Disember 2024, untuk semua tambah-nilai menggunakan kad kredit.

Caj tambahan ini akan dikenakan secara automatik apabila melakukan tambah-nilai ke Setel menggunakan kad kredit. Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.

Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana tambah-nilai kaedah lain masih kekal percuma buat masa ini, termasuk apabila menggunakan kad debit, dompet digital dan juga perbankan atas-talian.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply