Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi apa yang anda makan.

Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Sumber foto: www.freepik.com

Ini kerana apa yang ibu makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.

Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi. Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.

Apa yang pasti, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perlu mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan.

Baca Juga:

Tak Pasti Dah Hamil, Ini Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Di Rumah!

Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak? Ini Yang Perlu Mama Tahu!

Kulit Perut Gatal Semasa Hamil, Doktor Jelaskan Mengapa Ia Terjadi

Sumber foto: www.freepik.com

Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.

7 panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil

1.Vitamin B kompleks – menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal.
Sumber makanan: Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu) dan telur.

2.Vitamin D – untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi.
Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur.

Sumber foto: www.freepik.com

3.Vitamin E – bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat.
Sumber makanan: Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.

4.Protein – sumber zat pertumbuhan sel.
Sumber makanan: Daging, kekacang, ikan dan telur.

5.Asid folik– Untuk perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi.
Sumber makanan: Bayam, brokoli, pisang dan tomato.

6.Zat besi – mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung.
Sumber makanan: Bayam, kangkung, daging dan hati.

7.Kalsium – bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis.
Sumber makanan: Sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply