AI Lazzie Membolehkan Pelanggan Lazada Membeli Belah Dengan Bantuan AI

Sempena jualan murah 11.11 yang akan tiba tidak lama lagi, Lazada telah mengumumkan ciri AI Lazzie yang merupakan pembantu maya yang membolehkan pelanggan membeli belah dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). AI Lazzie membantu dengan memberikan senarai produk yang paling serasi berdasarkan soalan yang diberikan oleh pengguna, sejarah pembelian terdahulu dan interaksi dalam aplikasi.

AI Lazzie ialah sebuah chatbot yang dibina menggunakan ChatGPT bagi memberikan pengalaman perbualan seakan dengan manusia sebenar. Lazada memperkenalkan AI Lazzie selepas melakukan kajian tentang penggunaan AI di laman edagang Asia Tenggara. Majoriti responden mengatakan mereka ingin menggunakan AI bagi memberikan saranan produk. AI juga boleh membantu dalam melakukan alih bahasa pada produk.

Selain AI Lazzie, Lazada juga memperkenalkan ciri rumusan setiap ulasan yang ditinggalkan oleh pengguna. Dengan ini pengguna tidak perlu membaca kesemua ulasan yang ditinggalkan pembeli terdahulu sebelum mereka melakukan pembelian sendiri.

Kelak ciri Try-on Models pula akan diperkenalkan dengan ia akan menujukkan bagaimana rupa busana yang ingin dibeli pada model maya. Dengan ciri ini bakal pembeli boleh melihat sama ada baju yang ingin dibeli benar-benar serasi dengan tubuh.

Ciri AI Lazzie kini sedang diberikan kepada pengguna secara berperingkat. Ia boleh diakses menerusi ciri Message+ dalam aplikasi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply