Tanam Sayur Tak Ada Baja Pun Boleh Tumbuh Subur, Siap Daun Lebar-Lebar!

Kebiasaanya, kalau nak tanaman subur sudah pasti selain penjagaan yang rapi pembajaan juga antra yang penting.

Tapi, tak sangka pula tanam sayur tak letak baja pun boleh hidup subur. Rahsia sayur subur tanpa baja ini dikongsikan oleh Mira Edora. Jom kita lihat cara-caranya

Saya jenis pemalas. saya rajin siram je. so siapa macam saya boleh teruskan bacaan
Hari pertama menyemai

Baca juga: Teknik Tanamn Sayur 3T (Tanaman, Tinggal, Tuai), Hasilnya Menjadi-Jadi

  1. Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
  2. Hari sama semai, siapkan terus tempat tanaman.
  3. Korek batas cetek, lalu letaklah baja.
  4. Pilih baja ikut suke : kompos / vermikompos / tayam / tkambing / kopi / npk15. pilihan baja anda menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
  5. Saya suke tayam : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
  6. Kalau tanah keras, tambahlah tanah siap campur yang 6in1, 4in1. kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
  7. Kalau sebelum ni tanam dah bantut je maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian.
  8. Lepas tu tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). tak perlu dalam sangat. maksudnye baja tu nanti tak dalam sangat tapi atas sekali tu ia tak terdedah.
  9. Hari ke 2 sehingga hari ke 7/10/15. Siram semaian, siram sekali batas / pasu. siram semaian 2 kali sehari. siram batas sehari sekali dah memadai. time ni akan naik rumput2 (jika ada) buang la rumput2 tu.
  10. Hari ke 7/10/15 ialah hari pindah ke batas. hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar. biji benih tak perlu tutup-tutup, letak tepi rumah.
  11. Gembur manja permukaan batas sebelum lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. pindah pada waktu petang.Jom beli biji benih berkualiti dan murah kat sini https://invol.co/cl7z8le
  12. Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. point ni paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.

    Apa itu kotiledon? merupakan sebahagian embrio yang penting dalam biji benih tumbuhan. Ketika percambahan, kotiledon-kotiledon biasa menjadi daun-daun pertama untuk bercambah.

Bila tanam dalam — akar lebih stabil — mampu serap nutrient dengan baik — pokok jd gemuk.

13. Hari ke 7/10/15 sehingga tuai. siram 2 kali sehari sehingga tuai. Tak perlu baja lagi
14. Kawalan serangga ikut suka. boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga tu

P/S: 

  • Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung. sama macam ni tapi saya akan baja lepas sebulan. kadang tak baja pun.
  • Ini untuk berkebun makan sendiri, kalau niaga lainlah caranya.
  • Ini cara saya, cara tiap orang berbeza2. saya minta maaf kalau ada yang tak setuju

Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!

 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply