Anker Memperkenalkan Power Bank Baru Untuk Corak Penggunaan Berbeza Dengan Harga Bermula RM149

Anker, jenama aksesori peranti pintar terkemuka baru-baru ini akan membawa masuk beberapa aksesori pengecasan power bank baru yang bukan sahaja menawarkan kapasiti pengecasan yang besar, tetapi juga cara-cara pengecasan yang berbeza.

Ini termasuklah Anker MagGo Powerbank, Anker Zolo Powerbank dan Anker Zolo Wireless Powerbank yang mana semuanya hadir dengan kapasiti bateri sekurang-kurangnya 10,000mAH.

Bermula dengan Anker MagGo Powerbank, ia merupakan kemaskini kepada powerbank Anker MagGo sedia ada mereka yang kini hadir dengan sokongan untuk pengecasan Qi2 yang cukup berkuasa untuk mengecas semua peranti-peranti Apple dari iPhone 12 sehinggalah iPhone 16 yang terbaru dengan kuasa pengecasan setinggi 15W, dan boleh dicas pada kadar 30W untuk peranti-peranti lain yang menyokong pengecasan nirwayar.

Anker MagGo ini juga hadir dengan sensor suhu yang memastikan bahawa suhu power bank ini tidak melangkaui 40 darjah Celcius untuk suhu operasi yang optimum.

Anker Zolo Powerbank dan Zolo Wireless Powerbank pula sangat sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah powerbank yang bukan sahaja hadir dengan kapasiti pengecasan yang tinggi, tetapi juga boleh mengecas tiga peranti sekaligus, dan hadir dengan satu kabel USB Type-C terbina dan satu palam USB Type-C dan Type-A tambahan dengan sokongan pengecasan sehingga 30W.

Model Zolo Wireless Powerbank pula hadir dengan rekaan yang hampir sama, tetapi mempunyai kapasiti bateri 10,000mAH dengan pengecasan 30W melalui kabel USB Type-C yang terbina. Untuk ciri pengecasan nirwayar pula, ia boleh mengecas peranti pada kadar 15W.

Anker MagGo Powerbank dengan sokongan Qi2 dan Anker Zolo Wireless Powerbank akan tiba di pasaran tempatan pada 1 Disember ini pada harga RM369 untuk Anker MagGo dengan pilihan warna hitam, putih, merah jambu dan hijau, manakala Anker Zolo Wireless Powerbank akan dijual pada harga RM169 dengan pilihan warna hitam dan putih.

Untuk Anker Zolo Powerbank pula, ia akan mula dijual pada 7 Disember ini pada harga RM149 untuk model 10,000mAH dan RM189 dengan pilihan warna hitam, putih, biru dan merah jambu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply