Anda Kini Boleh Tempah Pakej Umrah DIY Di Muslim Pro

Tidak dinafikan kos untuk menunaikan ibadah umrah adalah mahal dan tidak semua mampu melakukannya. Namun berdasarkan pemantauan saya, sejak kebelakangan ini semakin ramai orang sudah mula meminati dan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan umrah. Bagi memudahkan lagi perjalanan, Muslim Pro kini menawarkan jalan penyelesaian.

Perkongsian di dalam artikel ini adalah berdasarkan temuramah saya bersama CEO Muslim Pro, Nafees Khundker.

Aplikasi waktu solat terkenal Muslim Pro kini bekerjasama dengan Umrahme, iaitu agensi umrah yang cukup terkenal di Arab dan beberapa negara global lain. Apa yang menarik dengan penawaran Muslim Pro adalah, mereka memfokuskan kepada pakej umrah DIY berbanding pakej lengkap yang kerap ditawarkan oleh agensi-agensi lain di Malaysia. Walaupun ciri ini terbina di dalam aplikasi Muslim Pro, buat masa ini ia masih lebih kepada membuka Umrahme di dalam pelayar web terbina.

Untuk menarik perhatian lebih ramai orang, Muslim Pro menawarkan pakej-pakej yang seperti hanya Umrah dengan penginapan 2 hari 1 malam. Ada juga pakej umrah + ziarah untuk ke Mekah dan Madinah, pakej untuk Miqat sahaja turut diberikan, dan pakej khas bersama kereta api Haramain turut boleh dipilih. Menurut Muslim Pro, mereka cuba menawarkan harga paling kompetitif. Kemudian setiap tempahan yang dilakukan, langganan 1 tahun Muslim Pro Premium akan diberikan secara percuma.

Muslim Pro turut merancang penawaran pembayaran fleksibel, tetapi inginkan rakan yang hanya menawarkan pembayaran patuh syariah sepenuhnya sahaja. Akan datang, ciri menyimpan duit untuk membeli pakej umrah turut akan diperkenalkan. Cuma tiada maklumat lanjut dikongsi.

Contoh ciri penjejakan solat Apple Watch oleh TheNoor

Saya turut terkejut apabila wakil Muslim Pro bersetuju dengan idea saya, di mana jika aplikasi sedia menawarkan ciri menjejak proses solat 5 waktu – cukup menarik jika ada ciri menjejak perjalanan umrah. Misalnya memaklumkan pengguna sudah tawaf di Kaabah kali ke berapa, menjejak Saie dan lain-lain. Lebih terkejut apabila CEO Muslim Pro iaitu Nafees Khundker mengacah yang akan datang Muslim Pro akan bekerjasama dengan pengeluar produk fizikal untuk ciri penjejakan umrah ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply