Ini petua rambut cepat panjang dengan menggunakan amalan nenek moyang terdahulu yang cuma memerlukan beras.
Nak tahu macam mana nak buat, jom baca perkongsian Puan Suzy Honey tentang kelebihan guna air rendaman beras.
Menurutnya, beras perlu direndam semalaman dalam air biasa bagi melalui proses penapaian. Kaedah ini membuatkan rambut semakin bersinar kerana mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala.
Petua Rambut Cepat Panjang
Ini satu rahsia untuk dapatkan rambut cepat panjang, sihat dan kuat. Semestinya resipi yang dikongsikan ini berasaskan daripada bahan semula jadi dan mudah didapati.
Hanya dari dapur je sis. Jimat dan mudah!
Ini bahan-bahannya:
1 cawan beras
3 cawan air
Cara penyediaannya:
Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam.
Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
Cara penggunaan:
Sebelum mandi dan shampoo rambut. Basahkan keseluruhan rambut dengan air beras tadi.
Lebih mudah, masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil buat urutan ke serata kulit kepala.
Ramai tak tahu rahsia ini. Sebenarnya, hasil rendaman tersebut itulah yang menjadikan sangat bagus untuk rambut.
Mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala. Bila rambut sihat sudah pasti buat rambut bertambah sinar.
Secara amnya air beras selamat untuk semua jenis dan tekstur rambut. Air beras pekat dengan kanji. Jadi sesuai untuk semua jenis kulit kepala. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita amalkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.